Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020
Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2019
Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2019 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2018
December 10, 2017
2018,
Gaji,
Gaji 2018,
Gaji Bulanan,
Gaji Bulanan 2018,
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan,
Kakitangan Awam,
Malaysia,
Pembayaran Gaji,
Penjawat Awam,
Perbelanjaan
1 comment
Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2018 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti
Berita terbaru yang berlaku di Jordan apabila tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti iaitu Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.
Maklumat ini diperoleh daripada portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ). Fatin Iqmal Idziyani adalah berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana dan Al Najiatun Nailah adalah berasal dari Kelantan.
Nama-nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara Jordan. Pelajar-pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah. Izzam mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan manakala Fatin pula cedera di muka dan rahang.
Izzam berasal dari Negeri Sembilan dan Fatin berasal dari Kelantan akan dipindahkan ke hospital di Amman. Pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih lagi membuat perbincangan dengan waris mangsa sama ada tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti tersebut akan di bawa pulang ke Malaysia atau pun tidak.
Pelajar-pelajar berkenaan menaiki sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri suatu majlis ilmu. Warga Jordan turut berada di dalam kereta tersebut dan kemalangan tersebut telah berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.
Serpihan Sayap Flaperon Sah Milik MH370
August 05, 2015
Australia,
China,
Jabatan Penerbangan Awam,
Malaysia,
Pesawat Boeing 777,
Pulau Reunion,
Serpihan Sayap
1 comment
Berita terbaru yang diketahui bahawa pakar penyiasatan dari Malaysia telah pun mengesahkan bahawa serpihan sayap pesawat Boeing 777 atau pun flaperon adalah milik MH370.
Flaperon ini telah ditemui di Pulau Reunion, Perancis pada bulan Julai 2015 dan dinilai berdasarkan kepada beberapa ciri yang ada pada bahan tersebut.
Tambahan pula, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa penyiasat terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS telah mengenal pasti berdasarkan kepada rekod penyelenggaraan.
Warna flaperon yang terdapat juga adalah sama seperti MH370 dan juga maklumat-maklumat teknikal yang lain adalah sama.
Mesyuarat bersama yang akan dilaksanakan di antara Malaysia, Australia dan China akan diadakan secepat mungkin untuk membincangkan fasa pencarian yang seterusnya. Fasa pencarian akan ditentukan sama ada akan diteruskan di lokasi sekarang ini atau pun akan diubah ke lokasi yang baharu.
Rakyat Malaysia Bazir 800000 Kilogram Makanan Sehari
Rakyat Malaysia telah dikatakan melakukan pembaziran dengan membuang makanan sehingga 800,000 kilogram sehari di mana ianya boleh memenuhi bekalan makanan bagi enam juta orang.
Kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan tersebut melibatkan kos berbilion ringgit dan sisa makan didapati meningkat di antara 15 sehingga 20 peratus pada musim perayaan.
Sisa makanan merupakan komposisi tertinggi bagi sisa pepejal sebanyak 45 peratus yang menyebabkan kos pengurusan mencecah RM1.6 bilion pada tahun lepas.
Program Transformasi Minda bakal dilaksanakan bagi bulan Oktober untuk mengingatkan masyarakat Malaysia supaya tidak membuang makanan secara sesuka hati.
10000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat hisap rokok
Lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia telah pun meninggal dunia pada setiap tahun yang mendapat penyakit seperti jantung, paru-paru dan lain-lain berpunca daripada tabiat menghisap rokok.
Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad yang merupakan pakar perunding perubatan terkenal menyatakan ianya penyelidikan sebuah pusat pengajian tinggi.
Penyakit akibat tembakau tidak menunjukkan kesan serta-merta tetapi merosakkan penghisap rokok dalam jangka panjang sesuai dengan peningkatan umur.
Google Khas Sempena Hari Kemerdekaan ke 57 Malaysia
Seluruh rakyat di Malaysia menyambut hari ulang tahun ke-57 kemerdekaan di mana enjin carian Google turut meraikan tarikh 31 Ogos 2014 dengan menunjukkan doodle 'Merdeka'.
Perkara ini ialah gabungan kelopak Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia yang telah pun dihiasi dengan indah bagi menghasilkan perkataan 'Google'.
Doodle khas tersebut merupakan hasil ciptaan pelukis-arkitek Malaysia yang berumur 27 tahun iaitu Hong Yi yang menggunakan warna Merah sebagai moniker.
Malaysia Melangkah ke Final Kejohanan Badminton Piala Thomas
Malaysia berjaya melangkah ke final Kejohanan Badminton Piala Thomas apabila menumpaskan Indonesia 3-0 pada separuh akhir di Stadium Siri Fort, New Delhi, India.
Pasukan negara akan bertemu dengan Jepun dalam final di stadium yang sama pada hari Ahad 25 Mei 2014.
Jepun mara ke final selepas mengejutkan China 3-0 dalam perlawanan separuh akhir.
Ianya merupakan penampilan ke-14 Malaysia di pentas final Piala Thomas.
Sebelum itu, pasukan negara hanya muncul juara lima kali dan tewas lapan kali.
Kereta Api Kelajuan Tinggi Malaysia dan Singapura Tahun 2020
Perdana Menteri Malaysia dan Singapura menyatakan bahawa kereta api berkelajuan tinggi daripada Singapura ke Kuala Lumpur akan siap mengikut jadual menjelang tahun 2020.
Projek mega tersebut akan menjadi penyambung yang merentas sempadan antara kedua-dua negara.
Fasa pertama daripada kajian kejuruteraan untuk melakukan penjajaran projek tersebut dan cadangan Sistem Aliran Pantas yang menghubungkan Singapura dan Johor Bahru telah siap.
Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 25 Januari 2014
Beberapa perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia 2014 telah pun berlangsung pada 25 Januari 2014. Terdapat kejutan pada beberapa perlawanan dengan pasukan pilihan telah kalah dengan pasukan bukan pilihan. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut di bawah:
Lions XII 2 Selangor 1
Sarawak 0 Kelantan 1
Perak 1 Terengganu 0
T-Team 1 Johor Darul Ta'zim 0
Sime Darby FC 1 Pahang 0
Hujan Meteor Geminids Terangi Langit Malaysia
Hujan meteor Geminids boleh dilihat di Malaysia mulai 13 Disember sehingga 17 Disember mengikut maklumat daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).
Lebih kurang 120 juraian meteor sejam akan dapat dilihat dari awal pagi 13 Disember hingga 14 Disember.
Titik meteor Geminids adalah daripada buruj Gemini dengan memandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan lapang dan gelap.
Perlawanan Bola Sepak Harimau Muda A vs FC Ryukyu 3-1
Skuad Harimau Muda A menjaringkan tiga gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun iaitu FC Ryukyu melalui aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Pada babak pertama gol FC Ryukyu dijaringkan oleh Takahashi Shunta. Jaringan skuad negara dilakukan pada babak kedua melalui penyerang A Thamil Arasu dan dua jaringan daripada Rozaimi Abd Rahman.
Rakyat Malaysia Gemuk Berjumlah 8.5 Juta
Obesiti menjadi ancaman terbesar kepada rakyat Malaysia dengan seorang daripada tiga penduduk mengalami masalah atau mempunyai berat badan berlebihan berikutan terlebih makan.
Lebih kurang 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obes.
Ianya disebabkan mengambil makanan secara berlebihan terutama makanan manis.
Ianya dijangka terus meningkat sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran yang tinggi bagi mengurangkan berat badan dengan kaedah mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, berbasikal, berjoging dan sebagainya.
Banci 2010 Penduduk Malaysia 28.3 Juta
Banci penduduk Malaysia tahun 2010 menunjukkan penduduk negara berjumlah 28.3 juta orang.
Seramai 26 juta atau 91 peratus merupakan warganegara Malaysia manakala 2.3 juta atau 8.2 peratus bukan warganegara.
Banci dilaksanakan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 dan banci seterusnya bagi penduduk Malaysia ialah pada tahun 2020.
Banci bagi penduduk Malaysia dijalankan setiap 10 tahun sekali.
Seramai 26 juta atau 91 peratus merupakan warganegara Malaysia manakala 2.3 juta atau 8.2 peratus bukan warganegara.
Banci dilaksanakan mulai 6 Julai hingga 22 Ogos 2010 dan banci seterusnya bagi penduduk Malaysia ialah pada tahun 2020.
Banci bagi penduduk Malaysia dijalankan setiap 10 tahun sekali.
Malaysia Juara Piala Axiata Kalahkan Thailand 3-1
Malaysia telah berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Piala Axiata untuk kali pertama apabila menundukkan Thailand 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Cheras.
Malaysia menebus kekecewaan peminat tanah air setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.
Kejohanan badminton menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).
Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).
Malaysia menebus kekecewaan peminat tanah air setelah gagal merangkul kejuaraan pada edisi lepas.
Kejohanan badminton menawarkan hadiah keseluruhan AS$1 juta (RM3.1 juta).
Malaysia membawa pulang AS$400,000 (RM1.24 juta) manakala Thailand menerima AS$200,000 (RM620,000).
Malaysia vs Laos 4-1 Piala AFF Suzuki 2012
Skuad Bola Sepak Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Loas 4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka.
Artikel Hangat Terkini :
Kenduri Kahwin Saji Lauk Basi
12 Lagu Peringkat Akhir Anugerah Juara Lagu 27
Pelakon Diana Danielle Mengandung
Buffered Earning (BE) @ CPUV Keempat Tahun 2012
Shila Amzah Menang Anugerah Lagu Terbaik AIM 2012
Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang Hari Ini
310 jemaah haji Malaysia merupakan kumpulan pertama pulang ke tanah air hari ini pada kira-kira 7 pagi waktu tempatan dengan menaiki pesawat Saudi Airlines.
Jemaah berkenaan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang kira-kira 9.15 malam waktu Malaysia.
28,000 jemaah haji Malaysia akan pulang secara berperingkat dengan penerbangan terakhir dijadualkan pada 28 Nov.
Penerbangan ke Johor Baharu akan bermula pada 3 Nov, Pulau Pinang (12 Nov), Kuala Terengganu (12 Nov), Kuching (13 Nov) dan Kota Kinabalu pada 15 Nov ini.
56 peratus daripada 28,000 jemaah haji Malaysia singgah dahulu ke Madinah untuk melakukan ziarah bermula 6 Nov dan berada di Tanah Suci itu selama lapan hari. Semoga semua jemaah haji ini mendapat haji yang mabrur.
Artikel Hangat Terkini :
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Yuna Kena Rompak di Amerika Syarikat
Polis Wanita China Senyum Guna Penyepit Makanan
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012
Malaysia vs Hong Kong 3-0 Aksi Persahabatan

Skuad bolasepak kebangsaan mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Hong Kong pada perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong malam tadi.
Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan terikat 0-0 tanpa jaringan.
Pada separuh masa kedua, skuad negara mengubah rentak permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Hong Kong dan penyerang negara yang bermain dengan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Sali membuka tirai jaringan pada minit ke-59 daripada hantaran Kunanlan.
Kapten Selangor Safiq Rahim melebarkan kedudukan untuk skuad Harimau Malaya pada minit ke-81 menerusi sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pasukan Hong Kong.
Ahmad Fakri Saarani melengkapkan kemenangan bergaya skuad Harimau Malaya dengan gol ketiga pada masa kecederaan.
Artikel Hangat Terkini :
Felix Baumgartner Berjaya Terjun Daripada Ketinggian 128097 Kaki
Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013
Pakcik Nordin Ambil PMR Umur 50 Tahun
Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan






.jpg)









