Showing posts with label Australia. Show all posts
Showing posts with label Australia. Show all posts

Umat Islam di Negara Finland Berpuasa 23 Jam Sehari

Leave a Comment
Umat Islam di Negara Finland Berpuasa 23 Jam Sehari

Lebih kurang 1.5 juta umat Islam di seluruh dunia sekarang ini sedang berada di bulan puasa. Berita yang diketahui bahawa umat Islam di Negara Finland berpuasa 23 jam sehari. Ianya berlaku kerana tempoh masa berpuasa yang berbeza di setiap benua.

Perbezaan masa ini disebabkan oleh jarak waktu antara matahari terbit dan terbenam adalah sentiasa berubah-ubah mengikut kepada latitud dan longitud sesebuah negara.

Tambahan pula, mengikut contoh yang belaku iaitu di Bulatan Artik di mana dinyatakan bahawa tempoh tenggelam matahari adalah di antara 55 minit sehingga 1 jam. Umat Islam di Finland pula berpuasa pada pukul 1.35 pagi dan berakhir pada pukul 12.48 pagi pada esok hari.

Umat Islam di Finland berjaya mengharungi tempoh berpuasa tersebut tanpa mempunyai sebarang masalah. Selain itu, umat Islam di Sweden dan Denmark juga mengalami tempoh berpuasa yang panjang iaitu melebihi 20 jam sehari.

Australia dan Argentina pula berpuasa dalam tempoh yang pendek iaitu selama 9 jam 30 minit sahaja. Selamat berpuasa kepada umat Islam di seluruh dunia.
Read More

Serpihan Sayap Flaperon Sah Milik MH370

1 comment
Serpihan Sayap Flaperon Sah Milik MH370

Berita terbaru yang diketahui bahawa pakar penyiasatan dari Malaysia telah pun mengesahkan bahawa serpihan sayap pesawat Boeing 777 atau pun flaperon adalah milik MH370.

Flaperon ini telah ditemui di Pulau Reunion, Perancis pada bulan Julai 2015 dan dinilai berdasarkan kepada beberapa ciri yang ada pada bahan tersebut.

Tambahan pula, Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa penyiasat terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan MAS telah mengenal pasti berdasarkan kepada rekod penyelenggaraan.

Warna flaperon yang terdapat juga adalah sama seperti MH370 dan juga maklumat-maklumat teknikal yang lain adalah sama.

Mesyuarat bersama yang akan dilaksanakan di antara Malaysia, Australia dan China akan diadakan secepat mungkin untuk membincangkan fasa pencarian yang seterusnya. Fasa pencarian akan ditentukan sama ada akan diteruskan di lokasi sekarang ini atau pun akan diubah ke lokasi yang baharu.
Read More

Kereta Lego Berkuasa Udara di Australia

Leave a Comment
Kereta Lego Berkuasa Udara di Australia
Steve Sammartino dan Raul Oaida mencipta sebuah kereta yang dibuat daripada bongkah alat permainan Lego yang bergerak seperti kenderaan sebenar.

Mereka menggunakan hampir 500,000 bongkah Lego di mana kereta berwarna kuning dan hitam dijana menggunakan 256 injap udara boleh bergerak selaju 29 kilometer sejam.

Kelajuan perlahan digunakan disebabkan kereta tidak dilengkapi beg udara.
Read More

Gerhana Matahari di Utara Australia

3 comments

Gerhana Matahari di Utara Australia


Kira-kira 60,000 saintis, ahli astronomi dan peminat gerhana berkumpul melihat gerhana matahari pada awal pagi, waktu tempatan.

Gerhana kali terakhir berlaku di wilayah ini lebih kurang 1,300 tahun yang lalu.

Gerhana itu berlaku kira-kira dua minit bermula pada pukul 5.45 pagi waktu tempatan dengan gerhana penuh berlaku pada pukul 6.38 pagi atau pukul 4.38 pagi waktu Malaysia.

Semua melihat bulan dalam bentuk cakera hitam melintas di hadapan matahari yang mengakibatkan cuaca redup dan suhu jatuh.

Artikel Hangat Terkini :




Read More