Rebat Tol Sempena Deepavali dan Awal Muharam

Leave a Comment
Rebat Tol Sempena Deepavali dan Awal Muharam


PLUS memberi rebat kepada pengguna lebuh raya PLUS yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena cuti Deepavali dan Awal Muharam ini.
  
Pengguna kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go dan SmartTAG menikmati rebat tol 20 peratus pada 13 Nov bersempena Deepavali dan juga akan menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada 14 Nov dan 16 Nov.
  
Ianya dinikmati sepanjang hari tanpa tempoh terhad tetapi tidak diberikan kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang.
  
Pengguna boleh menuntut rebat tol semasa menambah nilai kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go bermula pada 1 Jan hingga 31 Mac 2013 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.

Artikel Hangat Terkini :


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: