Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)

Leave a Comment
 Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK

Isteri kepada Putera William, Kate Middleton mengetepikan aktres Keira Knightly dan Emma Watson untuk mengungguli senarai Wanita Paling Cantik Semula Jadi di United Kingdom (UK).

Tinjauan 1,000 orang lelaki dan perempuan Britain, Middleton layak mendapat gelaran tersebut kerana dia memiliki sifat dan gaya Inggeris klasik yang menawan.

Holly Willoughby berada pada kedudukan kedua manakala Knightly di tempat ketiga.

Middleton memperoleh undian sebanyak 16 peratus manakala Willoughby mencatatkan undian sebanyak 10 peratus di belakang puteri itu.

Penyanyi pop sensasi Britain, Cheryl Cole turut tidak ketinggalan tersenarai apabila menempa kedudukan kesembilan dalam senarai.

Mengikuti jejak langkah kakaknya, Pippa turut tersenarai pada kedudukan ke-10.

Aktres Emma Watson dan Kate Winslet pula, masing-masing berada pada kedudukan keenam dan kelapan.

Artikel Hangat Terkini :

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: