Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal

Leave a Comment
Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal

Penyerang pasukan Felda United, Ahmad Fakri Saarani bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.
  
Bekas pemain Harimau Muda A telah mendapat tawaran bermain untuk kelab yang berpangkalan di bandar Evora, Portugal itu pada Ogos lepas tetapi terpaksa menangguhkan hasrat kerana terikat dengan kempen Piala Malaysia ketika itu.

Ahmad Fakri merupakan pemain kedua negara yang beraksi di Portugal selepas bekas pemain Harimau Muda A iaitu Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain bersama kelab remaja Beira Mar di negara yang sama.

Artikel Hangat Terkini :


Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: