Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts
Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Tahun 2022

Leave a Comment

 

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Tahun 2022

 

Read More

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020

Leave a Comment
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020


Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2020 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Read More

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2019

Leave a Comment
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2019

Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2019 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Read More

Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Januari 2018

Leave a Comment
Cuti Umrah Penjawat Awam Berkuat Kuasa 1 Januari 2018

Berita terbaik buat yang bekerja kerajaan bahawa cuti umrah penjawat awam berkuat kuasa 1 Januari 2018. Penjawat awam boleh memohon cuti tanpa rekod hanya sekali dalam tempoh perkhidmatan.
Read More

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2018

1 comment
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2018

Berita merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Bagi Tahun 2018 di seluruh negeri di Malaysia. Ianya dapat menjadi panduan kepada semua kakitangan awam dalam merancang perbelanjaan setiap bulan dalam urusan seharian.
Read More

Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

Leave a Comment
Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

Bantuan Khas RM500 penjawat awam sempena Aidilfitri merupakan berita menarik pada minggu ini. Ianya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat 1.6 juta penjawat awam.

Tambahan pula, bantuan khas RM250 juga akan dinikmati oleh 743,000 pesara kerajaan kerana jasa perkhidmatan mereka di dalam kerajaan sebelum ini.

Selain itu, pembayaran bantuan ini akan dilakukan pada 13 Jun 2016. Ianya melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM 1 bilion.

Pemberian ini diharapkan akan meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Akhir sekali, penjawat awam juga akan memperoleh satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada bulan Julai 2016 yang melibatkan kewangan sebanyak RM 1.1 bilion.
Read More

CUEPACS Mahu Gaji Minimum Penjawat Awam RM 1200 Sebulan

3 comments
CUEPACS Mahu Gaji Minimum Penjawat Awam RM 1200 Sebulan

Pada setiap tahun mesti akan kedengaran desakan-desakan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS yang berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan sesuatu perkara demi kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

Ini merupakan satu perkara yang menarik kerana penjawat-penjawat awam memang sangat memerlukan sesuatu untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka ketika kos sara hidup semakin tinggi di negara ini.

Justeru, CUEPACS mahu kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM 1,200 selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang boleh dikatakan selalu sangat berlaku dan menekan kehidupan penjawat-penjawat awam.

Tambahan pula, Presiden CUEPACS sendiri iaitu Datuk Azih Muda menyatakan bahawa cadangan tersebut wajar dilaksanakan dengan kadar segera kerana gaji minimum penjawat awam pada masa kini adalah di bawah paras kemiskinan. Gaji terkini bermula daripada RM 805 sebulan yang merupakan di bawah garis kemiskinan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM 850 sebulan.

Beliau dan juga semua penjawat awam di negara ini sangat berharap bahawa Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberikan perkhabaran yang gembira buat semua penjawat awam pada 1 Mei 2015 sempena sambutan Hari Pekerja seterusnya dapat menampung perbelanjaan seisi rumah di negara ini.
Read More

Penjawat Awam Terima RM500 Sempena Hari Raya Aidil Fitri

2 comments
Penjawat Awam Terima RM500 Sempena Hari Raya Aidil Fitri

Penjawat awam menerima RM500 sempena Hari Raya Aidil Fitri yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri. Ianya merupakan Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 juga turut diberikan kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai perkhidmatan mereka kepada negara. 

Pembayaran akan dilaksanakan pada 15 Julai 2014 yang membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.

Ianya diharapkan akan meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari raya.
Read More

100000 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tahun 2014

Leave a Comment
100000 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tahun 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu SPA memaklumkan bahawa lebih kurang 100,000 jawatan kosong bagi tahun 2014 untuk diisi.

Sasaran pengisian jawatan sebanyak 80,000 penjawat awam kerana 70 peratus kekosongan dalam kumpulan sokongan.

SPA akan melakukan pelbagai aktiviti supaya orang ramai dapat menyertai perkhidmatan awam seperti melaksanakan seminar dan kursus panduan perkhidmatan awam pada Sabtu pertama setiap bulan secara percuma.

Permohonan jawatan kosong SPA boleh dibuat melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Read More

Bayangan Berita Gembira Buat Penjawat Awam Oleh Perdana Menteri

Leave a Comment
Bayangan Berita Gembira Buat Penjawat Awam Oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengumumkan khabar baik kepada penjawat awam terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Najib kelihatan senyum dan memberi jawapan ringkas bahawa kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan soal tersebut.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara.
Read More