McDonald’s Samurai Burger Kembali

1 comment

McDonald’s Samurai Burger Kembali

Rangkaian restoran makanan segera terkemuka iaitu McDonald’s Corporation (McDonald) telah mengeluarkan semula menu Samurai Burger berdasarkan permintaan tinggi  pelanggan kerana kali terakhir menu itu ditawarkan kepada pelanggan adalah 10 tahun lalu.

Samurai Burger hanya boleh didapati dalam tempoh terhad dan menjadi sebahagian usaha syarikat menawarkan lebih banyak pilihan lazat dan berkualiti. Ianya juga boleh didapatkan melalui online di www.mcdelivery.com.my.

Pembuatan Samurai Burger 100 peratus menggunakan daging lembu empuk, dipanggang sempurna dan disalut dengan sos teriyaki manis, salad segar, dikepit dalam roti bijan.

Ianya dilengkapkan dengan Sakura McFizz iaitu adunan Ribena dan Sprite serta kentang goreng Katsu Curry McShaker.

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

1 comments:

Anonymous said...

x sedap p0n....indah kabar dari rasanye