TV Internet Haram Diserbu

Leave a Comment

TV Internet Haram Diserbu


Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.

12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan.

Serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry.

Operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat.

Sumber : Kosmo
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: