Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Semua Sekolah Ada Internet 4G Tahun 2015

Leave a Comment
Semua Sekolah Ada Internet 4G Tahun 2015

Kementerian Pendidikan bakal merealisasikan semua sekolah dilengkapi kemudahan Internet 4G menjelang 2015 melalui program 1BestariNet.

Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu YB P. Kamalanathan berkata kemudahan tersebut hanya pada 86.3 peratus atau 8,746 buah sekolah. Lebih kurang 14 peratus dan Kementerian Pendidikan akan berusaha mencapainya menjelang 2015.

1BestariNet merupakan portal pembelajaran oleh Kementerian Pendidikan supaya meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga akan merapatkan jurang digital antara pelajar bandar dan luar bandar.
Read More

Google Lancar Belon Udara Ada Internet

Leave a Comment
Google Lancar Belon Udara Ada Internet


Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi untuk menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia yang dinamakan Projek Loon.

Sekitar 50 isi rumah dahulu mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut.

Belon tersebut mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.

Pihaknya berharap dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Perkhidmatan internet tersebut lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik.

Ianya mempunyai panel solar dan belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon menyalurkan perkhidmatan internet seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat.

Ia mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah.
Read More

Serangan Siber Jejas Internet Global

Leave a Comment

Serangan Siber Jejas Internet Global

Operasi internet di seluruh dunia terjejas semalam akibat serangan siber terbesar dan kumpulan anti-spam telah membuat serangan balas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kesannya ke atas perkhidmatan Netflix dan pakar internet bimbang perkara ini juga akan menjejaskan perkhidmatan sistem perbankan dan e-mel.

Spamhaus berpangkalan di London dan Geneva sedang membantu menapis kandungan e-mel dan spam tidak diingini.

Lima negara menyiasat serangan siber ini dan Spamhaus mendakwa Cyberbunker bekerjasama dengan kumpulan penjenayah dari Eropah Timur dan Russia yang bertanggungjawab dengan serangan siber ini.
Read More

Maxis Menawarkan Internet 21Mbps

Leave a Comment

Maxis Menawarkan Internet 21Mbps

Maxis menawarkan kelajuan baru pakej Wi-Fi bagi kediaman dengan memperkenalkan modem Wi-Fi 21Mbps.

Kelajuan internet yang lebih pantas membolehkan pelanggan menonton video definisi tinggi tanpa gangguan dan memuat naik atau memuat turun fail besar pada kelajuan lebih dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Modem WiFi kediaman 21Mbps didapati secara percuma dengan pakej Wi-Fi Kediaman Maxis 20GB, 28GB dan 48GB.

Pelan 20GB pada harga RM99 sebulan, pelan 28GB pada harga RM139 sebulan dan pelan 48GB pada harga RM169 sebulan. 

Turut diperolehi ialah 200 hingga 300 minit suara percuma panggilan ke nombor tetap dan mudah alih di seluruh negara dan modem Wi-Fi kediaman 21Mbps serta telefon DECT bernilai RM580 percuma.
Read More

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

2 comments

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

Telekom Malaysia (TM) baru sahaja memperkenalkan pakej terbaru Streamyx yang tertinggi iaitu sebanyak 8Mbps kepada semua pengguna di Malaysia. Seperti mana diketahui umum,  kelajuan tertinggi bagi Streamyx sebelum ini adalah 4Mbps. Kelajuan Internet 8Mbps dijangka menarik minat pengguna yang masih menunggu kedatangan UniFi di tempat kediaman mereka. 

Bayaran bulanan adalah sebanyak RM160 dan bakal menikmati kelajuan Internet 8Mbps, modem WiFi percuma, ID TM WiFi percuma, sebuah telefon talian tetap tanpa wayar serta panggilan percuma kepada semua pengguna talian tetap TM. Jika mendaftar untuk khidmat pembayaran automatik (Auto-Pay) akan menerima rebet sebanyak RM2 sebulan.

TM Tawarkan Streamyx 8Mbps Tanpa Had

Bagi pengguna yang menjalankan bisnes, mereka boleh mendapatkan kelajuan 8Mbps melalui pakej Office in a Box (OIAB) dengan bayaran sebanyak RM308 sebulan yang merangkumi Microsoft Office 365, modem WiFi, Frequent5, ID TM WiFI serta telefon talian tetap tanpa wayar.

Ia masih menawarkan penggunaan Internet tanpa had kepada para pelanggannya yang sesuai kepada yang ingin memuat turun fail-fail yang besar dan banyak daripada Internet tanpa perlu memikirkan tentang caj tambahan yang tersembunyi. Maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh didapati di Laman Web TM.
Read More

Jutawan Jadi Pekebun Sayur Akibat Kasanova Internet

Leave a Comment

Jutawan Jadi Pekebun Sayur Akibat Kasanova Internet

Seorang usahawan wanita mengalami kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya musnah selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet.

Dia menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika tanpa usul periksa sebelum diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap.

Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an menyebabkan dia diperas ugut oleh lelaki berkenaan yang akan mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta.

Semua wang dan harta mangsa dikikis dan dia bersama anaknya terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya.

Mangsa mengalami rugi yang besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet tanpa sekali pun bersua muka.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

TV Internet Haram Diserbu

Leave a Comment

TV Internet Haram Diserbu


Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.

12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan.

Serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry.

Operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat.

Sumber : Kosmo
Read More