Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

Leave a Comment
Bantuan Khas RM500 Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

Bantuan Khas RM500 penjawat awam sempena Aidilfitri merupakan berita menarik pada minggu ini. Ianya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak buat 1.6 juta penjawat awam.

Tambahan pula, bantuan khas RM250 juga akan dinikmati oleh 743,000 pesara kerajaan kerana jasa perkhidmatan mereka di dalam kerajaan sebelum ini.

Selain itu, pembayaran bantuan ini akan dilakukan pada 13 Jun 2016. Ianya melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM 1 bilion.

Pemberian ini diharapkan akan meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Akhir sekali, penjawat awam juga akan memperoleh satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada bulan Julai 2016 yang melibatkan kewangan sebanyak RM 1.1 bilion.
Read More

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bermula 28 Januari 2016

Leave a Comment
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 28 Januari 2016 dan ini merupakan berita yang gembira kepada rakyat Malaysia yang memohon BR1M. 

Pemberian BR1M 2016 untuk kategori isi rumah dan warga emas bakal diagihkan sebanyak empat peringkat dalam setahun. Ianya akan bermula pada 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan 28 September.

Tambahan pula, kategori individu yang bujang berumur 21 tahun dan ke atas di mana mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 2,000 bakal menerima bantuan RM 400 secara sekali gus bermula 28 Januari 2016.

Selain itu, pemberian BR1M ini diharapkan dapat digunakan oleh penerima untuk merancang perbelanjaan dengan baik terutamanya untuk membeli barang-barang keperluan dapur.

Pemberian BR1M 2016 dan Skim Khairat Kematian (SKK) yang diteruskan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016.

Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM 3,000 ke bawah akan ditingkatkan BR1M daripada RM 950 kepada RM 1,000 manakala pula bagi isi rumah mempunyai pendapatan antara RM 3,001 sehingga RM 4,000 akan ditingkatkan BR1M daripada RM 750 sehingga RM 800.

Kategori baharu juga diperkenalkan iaitu semua penerima yang berada di dalam senarai e-Kasih yang mepunyai pendapatan bulanan di bawah RM 1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM 1,050.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 28 Januari 2016 bakal dikreditkan terus ke dalam akaun penerima manakala yang tidak mengemukakan akaun bank jadi baucar akan diedarkan kepada penerima. Baucer tersebut boleh ditunaikan di mana-mana sahaja cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Tuntutan SKK hanya boleh dibuat di mana-mana sahaja cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dokumen kematian yang sah perlu dikemukakan dan kad pengenalan asal waris. Waris yang dinamakan di dalam borang sahaja yang layak untuk menuntut SKK. Penerima yang belum lagi mengemaskini maklumat waris boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Akhir sekali, pertanyaan-pertanyaan boleh dibuat melalui talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada br1m@treasury.gov.my dan pihak yang berkenaan akan membantu berkaitan BR1M dan SKK.
Read More

CUEPACS Mahu Gaji Minimum Penjawat Awam RM 1200 Sebulan

3 comments
CUEPACS Mahu Gaji Minimum Penjawat Awam RM 1200 Sebulan

Pada setiap tahun mesti akan kedengaran desakan-desakan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS yang berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan sesuatu perkara demi kepentingan penjawat awam di seluruh negara.

Ini merupakan satu perkara yang menarik kerana penjawat-penjawat awam memang sangat memerlukan sesuatu untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka ketika kos sara hidup semakin tinggi di negara ini.

Justeru, CUEPACS mahu kerajaan menetapkan gaji minimum penjawat awam sebanyak RM 1,200 selaras dengan peningkatan kos sara hidup yang boleh dikatakan selalu sangat berlaku dan menekan kehidupan penjawat-penjawat awam.

Tambahan pula, Presiden CUEPACS sendiri iaitu Datuk Azih Muda menyatakan bahawa cadangan tersebut wajar dilaksanakan dengan kadar segera kerana gaji minimum penjawat awam pada masa kini adalah di bawah paras kemiskinan. Gaji terkini bermula daripada RM 805 sebulan yang merupakan di bawah garis kemiskinan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM 850 sebulan.

Beliau dan juga semua penjawat awam di negara ini sangat berharap bahawa Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memberikan perkhabaran yang gembira buat semua penjawat awam pada 1 Mei 2015 sempena sambutan Hari Pekerja seterusnya dapat menampung perbelanjaan seisi rumah di negara ini.
Read More

Nooryana Najwa Anak Perdana Menteri Bernikah Dengan Daniyar Kessikbayev

Leave a Comment

Nooryana Najwa Anak Perdana Menteri Bernikah Dengan Daniyar Kessikbayev

Majlis yang berlaku pada 19 Mac 2015 tidak kurang hebatnya apabila Nooryana Najwa iaitu anak perempuan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau iaitu Datin Seri Rosmah Mansor bernikah pada hari ini. Pasangan Nooryana Najwa ialah Daniyar Kessikbayev yang berasal dari negara Kazakhstan.

Tambahan pula, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev saling mengenali antara satu sama lain semasa mereka berdua menuntut di Georgetown University, Washington, Amerika Syarikat pada suatu ketika dahulu.

Majlis pernikahan akan berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di mana upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Najib.

Tetamu-tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, menteri-menteri besar, ketua-ketua menteri, menteri-menteri Kabinet, timbalan-timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan, ahli-ahli politik ahli-ahli korporat, pemimpin masyarakat serta pembesar dan pemimpin dari luar negara.

Majlis resepsi perkahwinan bakal diadakan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang yang melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
Read More

Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir

Leave a Comment
Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir akan diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu depan.

Ianya akan dilakukan antara Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan terburuk yang terjadi di negara ini melibatkan ramai mangsa terpaksa dipindahkan.
Read More

Perdana Menteri Norway Menyamar Menjadi Pemandu Teksi

Leave a Comment
Perdana Menteri Norway Menyamar Menjadi Pemandu Teksi

Perdana Menteri Norway iaitu Jens Stoltenberg telah melakukan kejutan dengan menyamar sebagai seorang pemandu teksi.

Beliau hendak meninjau sendiri pendapat orang ramai berhubung pentadbirannya.

Terdapat satu tempat di mana orang ramai akan meluahkan apa mereka fikirkan iaitu apabila berada di dalam teksi.

Perbuatan mengambil dan menurunkan beberapa penumpang menggunakan sebuah teksi Mercedes dirakam menggunakan kamera tersembunyi serta merakamkan perbualan dan reaksi penumpang yang menaiki kenderaan yang dipandu Stoltenberg.
Read More

Bayangan Berita Gembira Buat Penjawat Awam Oleh Perdana Menteri

Leave a Comment
Bayangan Berita Gembira Buat Penjawat Awam Oleh Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan bahawa kerajaan akan mengkaji kemungkinan mengumumkan khabar baik kepada penjawat awam terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri nanti.

Najib kelihatan senyum dan memberi jawapan ringkas bahawa kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan soal tersebut.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis pertukaran memorandum pelaburan Koridor Utara.
Read More

Ucapan Langsung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di TV Pukul 11.30 Pagi

Leave a Comment

Ucapan Langsung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di TV Pukul 11.30 Pagi

Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan berucap secara langsung di televisyen dari pejabatnya pada pukul 11.30 pagi mengikut kenyataan Jabatan Perdana Menteri.

Ucapan tersebut dipercayai untuk mengumumkan pembubaran Parlimen sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.
Read More