
Pada setiap tahun mesti akan kedengaran desakan-desakan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS yang berusaha sedaya upaya untuk menyuarakan sesuatu perkara demi kepentingan penjawat awam di seluruh negara.
Ini merupakan satu perkara yang menarik kerana penjawat-penjawat awam memang sangat memerlukan sesuatu untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka ketika kos sara hidup semakin tinggi...