Kementerian Kesihatan jejaki 102 penumpang AK5358 13 Mei

2 comments
Kementerian Kesihatan melalui pejabat-pejabat kesihatan daerahnya akan menjejak 102 penumpang yang menaiki pesawat AK5358 dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini ke Pulau Pinang pada pukul 11 pagi, 13 Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, kesemua penumpang pesawat tersebut diminta menghubungi Kementerian Kesihatan melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300.

``Kita perlu menjejak semua penumpang ini kerana pesakit kedua influenza A(H1N1) kedua negara yang kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang telah menaiki pesawat ini.

``Kami telah menerima semua maklumat penumpang AK5538 dan sedang dalam proses untuk menghubungi mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

- Utusan

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

2 comments:

Hidet said...

Salam.

Wah..takut nye dengar citer selsema ni..
semoga tak menular..
lagipon kat paper tadi mcm dah reda jek kesnye kat malaysia ni..

regards,
hidet

Asraff Ruslan said...

insyaAllah.....
kes ni tidak akan menjadi buruk di M'sia.....
kementerian kesihatan & pihak2 lain berusaha dgn gigih utk mengatasinya.......