Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Festival Kenyir 2015 di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir Terengganu

Leave a Comment

Festival Kenyir 2015 di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir Terengganu

Terengganu memang terkenal dengan pelbagai warisan budaya tradisional yang memang menarik untuk dihayati dan dilihat oleh generasi pada masa kini. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Terenggau dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bakal melaksanakan Festival Kenyir 2015.

Festival Kenyir 2015 akan diadakan selama tujuh hari yang bermula dari 31 Mei sehingga 6 Jun 2015 yang berlangsung di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Terengganu.

Tambahan pula, festival ini yang dijadikan acara pelancongan setiap tahun bagi negeri Terengganu diadakan kerana dapat mempromosikan Tasik Kenyir kepada pelancong sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.

Aktiviti-aktiviti yang telah pun diatur adalah seperti Kenyir Island Hoping yang bakal menggunakan pelayaran pesiaran Kenyir dan juga Taman Tema Air yang berada di Pulau Poh telah siap sedia untuk dibuka kepada pengunjung.

Aktiviti seterusnya yang juga akan diadakan seperti pameran jabatan kerajaan dan swasta, aktiviti keagamaan seperti forum perdana, jualan barangan, bazar jualan, sukan rakyat yang aktiviti tasik seperti pertandingan bot kawalan jauh, pertandingan perahu panjang dan sukan air.

Justeru, semoga semua pihak dapat mengambil peluang ini untuk memeriahkan lagi Festival Kenyir 2015 ini di samping dapat meningkatkan kedatangan pelancong daripada luar negara.
Read More

Tiada Caj 1 Peratus PTPTN Buat Pelajar Anak Terengganu Mulai 2015

Leave a Comment
Tiada Caj 1 Peratus PTPTN Buat Pelajar Anak Terengganu Mulai 2015

Perkara ini yang mesti ditunggu-tunggu oleh bakal peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional seluruh negara. Kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif yang tersendiri dengan bakal menampung bayaran caj pengurusan 1 peratus yang dikenakan oleh PTPTN bagi setiap pelajar yang merupakan anak negeri tersebut yang akan memasuki institusi-institusi pengajian tinggi mulai tahun 2015.

Menurut Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, setiap pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN tersebut tidak akan lagi dikenakan caj 1 peratus seperti sekarang.

Ianya dilaksanakan rentetan daripada pertemuan dengan para pelajar Terengganu di universiti-universiti tempatan yang terbeban dengan kos sara hidup. Justeru, ianya diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu semasa membentangkan Bajet Negeri Terengganu 2015 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman.
Read More

Banjir Gelombang Kedua Melanda Terengganu

Leave a Comment
Banjir Gelombang Kedua Melanda Terengganu

Banjir mulai melanda Terengganu buat kali kedua melibatkan 91 penduduk di Kampung Labohan, Kerteh telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

Kampung penduduk tersebut telah dinaiki air apabila hujan lebat yang berterusan bermula jam 8 pagi sehingga jam 1 petang sama sekali telah menenggelamkan sebahagian rumah penduduk kampung.
Read More

Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir

Leave a Comment
Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir akan diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu depan.

Ianya akan dilakukan antara Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan terburuk yang terjadi di negara ini melibatkan ramai mangsa terpaksa dipindahkan.
Read More

Cadangan Pengangkutan Udara ke Pulau Redang

Leave a Comment
Cadangan Pengangkutan Udara ke Pulau Redang

Kerajaan Terengganu merancang bagi mengadakan perkhidmatan penerbangan dari tanah besar ke Pulau Redang.

Perkhidmatan pesawat ringan akan berlepas sama ada dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Lapangan Terbang Paka atau Gong Kedak.

Jika lapangan terbang kecil di Pulau Redang disiapkan, pengangkutan udara melalui pesawat ringan termasuk menggunakan helikopter boleh ke pulau itu.

Pelancong China tidak gemar menaiki bot atau feri untuk ke Pulau Redang kerana mengambil masa yang lama selain risiko keselamatan.
Read More