Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Leave a Comment
Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Kes pemain Gary Steven Robbat berusia 22 tahun yang melibatkan kontroversi di antara tiga pasukan iaitu Kedah, Johor Darul Takzim dan Pahang telah pun menemui titik noktah.

Gary telah pun diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana telah melanggar peraturan perpindahan pemain. Gary telah pun digantung untuk bermain selama tiga bulan dan didenda RM 50,000.

Tambahan pula, Gary Steven Robbat tidak dibenarkan bermain dalam mana-mana kejohanan berkuatkuasa serta merta. Gary juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2014 bersama Pahang dan Johor DT adalah tidak sah.

Sementara itu, Kedah juga tidak layak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A tersebut yang berasal daripada Kulim selepas meneliti bahawa Gary memulakan aktiviti bola sepak bersama Harimau Muda C.

Selain itu, Johor DT telah pun didenda sebanyak RM 100,000 kerana melakukan kecuaian dalam menangani perpindahan pemain manakala Pahang pula hanya diberikan amaran keras oleh FAM.
Read More

Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang Maut Jatuh Tasik

Leave a Comment
Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang Maut Jatuh Tasik

Seorang pelajar bernama Mohamad Ely Bukhori berumur 19 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Gambang telah mati lemas apabila terjatuh ke dalam tasik.

Ianya berlaku lebih kurang pukul 6.35 petang ketika dia sedang berkelah bersama rakan-rakannya di tepi tasik.

Pasukan mencari dan menyelamat daripada Jabatan Bomba telah menemui mayat mangsa di dasar tasik setelah empat jam mencari.
Read More

Pak Majid Berjalan Kaki Dari Kuala Lipis ke Kuantan

Leave a Comment
Pak Majid Berjalan Kaki Dari Kuala Lipis ke Kuantan

Pak Majid yang sebelum ini berjalan kaki dia atas kejayaan Pahang memenangi Piala Malaysia 2013 telah memulakan misi keduanya dengan berjalan kaki dari bandar Kuala Lipis ke Kuantan.

Pak Majid melakukan perkara ini bagi memberi sokongan kepada pasukan Pahang yang akan bertemu pasukan Lions XII bagi perlawanan Piala Sumbangsih 17 Januari 2014.

Ianya mengambil masa 17 hari dengan singgah bermalam di Benta, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan akhir sekali di Kuantan lebih kurang jarak 380 kilometer.
Read More

Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir

Leave a Comment
Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir akan diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu depan.

Ianya akan dilakukan antara Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan terburuk yang terjadi di negara ini melibatkan ramai mangsa terpaksa dipindahkan.
Read More

Tiket Final Piala Malaysia RM 40

Leave a Comment
Tiket Final Piala Malaysia RM 40
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang.

Tiket perlawanan akhir jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam ialah RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak mula dijual Rabu ini.

30000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 30000 Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Baki 15000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Rabu ini.
Read More

Pahang vs Johor Darul Takzim 3-2 Liga Super Malaysia 2013

Leave a Comment
Pahang vs Johor Darul Takzim 3-2 Liga Super Malaysia 2013

Pasukan Pahang dibawah bimbingan Dollah Salleh telah melakukan kebangkitan yang menakjubkan di Stadium Pahang Darul Makmur. Johor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan ketua pasukan Johor Darul Takzim iaitu Safiq Rahim pada minitke 11 dan diikuti pula oleh jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 26.

Pahang berjaya bangkit pada separuh masa kedua melalui jaringan Fauzi Roslan pada minit ke 49 dan 72. Gol kemenangan dijaringkan oleh S. Surendran pada minit ke 83. Hasil kemenangan ini Pahang mengutip 3 mata penuh dan Johor Darul Takzim tanpa sebarang mata pada perlawana sulung ini.

Read More