Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

40 Peratus Penilaian Akademik Masuk SBP Tahun 2017

Leave a Comment
40 Peratus Penilaian Akademik Masuk SBP Tahun 2017

Berita yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tahun 6 yang baru sahaja mengambil keputusan UPSR 2016. 40 peratus penilaian akademik masuk SBP tahun 2017 bagi kemasukan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Perkara yang penting ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Pendidikan. Selain itu, penilaian 60 peratus lagi akan dilakukan melalui kokurikulum dan disiplin para pelajar.

Tahap akademik bukan satu-satu kriteria yang diperlukan untuk ke SBP tetapi pemberian markah diberikan oleh pihak sekolah melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sistem yang digunapakai ini menjadi buah mulut orang ramai tetapi semua pihak harus meletakkan dasar percaya kepada guru-guru yang berusaha untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara Malaysia.
Read More

Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Leave a Comment
Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Berita terbaru yang berlaku di Jordan apabila tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti iaitu Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.

Maklumat ini diperoleh daripada portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ). Fatin Iqmal Idziyani adalah berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana dan Al Najiatun Nailah adalah berasal dari Kelantan.

Nama-nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara Jordan. Pelajar-pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah. Izzam mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan manakala Fatin pula cedera di muka dan rahang.

Izzam berasal dari Negeri Sembilan dan Fatin berasal dari Kelantan akan dipindahkan ke hospital di Amman. Pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih lagi membuat perbincangan dengan waris mangsa sama ada tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti tersebut akan di bawa pulang ke Malaysia atau pun tidak.

Pelajar-pelajar berkenaan menaiki sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri suatu majlis ilmu. Warga Jordan turut berada di dalam kereta tersebut dan kemalangan tersebut telah berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.
Read More

Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang Maut Jatuh Tasik

Leave a Comment
Pelajar Kolej Matrikulasi Pahang Maut Jatuh Tasik

Seorang pelajar bernama Mohamad Ely Bukhori berumur 19 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Gambang telah mati lemas apabila terjatuh ke dalam tasik.

Ianya berlaku lebih kurang pukul 6.35 petang ketika dia sedang berkelah bersama rakan-rakannya di tepi tasik.

Pasukan mencari dan menyelamat daripada Jabatan Bomba telah menemui mayat mangsa di dasar tasik setelah empat jam mencari.
Read More

Karnival Ilmu 3P Dewan Politeknik Seberang Perai

Leave a Comment
Karnival Ilmu 3P Dewan Politeknik Seberang Perai

Karnival Ilmu 3P yang merangkumi tiga asas utama iaitu Pelajar, Pendidik dan Penjaga diadakan di Dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh bermula pada hari ini.

Karnival anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Meneri (JPM), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia. 

Karnival tersebut menjual lebih kurang 10,000 buku terbitan 25 syarikat.

Lima hari karnival akan berlangsung bermula jam 10 pagi  sehinga hingga 10 malam menawarkan diskaun antara 50 hingga 70 peratus.
Read More

Pelajar Sakit Kepala Main Komputer Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Leave a Comment
Pelajar Sakit Kepala Main Komputer Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Kanak-kanak lelaki mengalami sakit kepala disebabkan bermain komputer di kafe siber menjadi tanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah.

Muhammad Azmin Abdullah yang berumur 12 tahun mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang.

Pada setiap hari sejak cuti sekolah,  Azmin keluar rumah bersama abangnya iaitu Muhammad Azanir berumur 13 tahun pada pukul 7.30 pagi dan pulang pada pukul 6.30 petang.
Read More

Guru dan Pelajar di Baling Rasai Gempa Bumi

Leave a Comment
Guru dan Pelajar di Baling Rasai Gempa Bumi

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku pada pukul 8.26 pagi melanda daerah Baling turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong.
   
Guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah menyebabkan mereka berasa loya.
   
Jabatan Meteorologi Malaysia menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.
Read More

Tiga Pelajar Pukul Pelajar Video di Youtube dibuang Sekolah

Leave a Comment

Tiga Pelajar Pukul Pelajar Video di Youtube dibuang Sekolah

Jabatan Pelajaran negeri Pulau Pinang mengesahkan kumpulan pelajar terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan buang sekolah.

Kejadian berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac 2013 lima hari selepas kejadian.

Pelajar terbabit masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

Rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka.
Read More

Pelajar Ditipu RM76,100 Nak Beli iPhone 5 Murah

Leave a Comment

Pelajar Ditipu RM76,100 Nak Beli iPhone 5 Murah

Teruja untuk membeli telefon bimbit pintar iPhone 5 dengan harga murah telah menyebabkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta mengalami kerugian RM76,100 selepas diperdaya individu menjual peralatan tersebut menerusi internet.

Teo berumur 21 tahun berkata suspek dari Nigeria menawarkan sebuah iPhone 5 dengan harga RM932.96 dan berjanji menghantar telefon bimbit dalam masa dua hingga tiga hari selepas pembayaran dibuat.

Teo menempah 75 buah iPhone 5 melalui iklan Shop Gadget Store di sebuah laman web sebelum membuat pembayaran RM55,000 kepada seorang lelaki dikenali Yemi Williams dengan cara kiriman wang.

Teo juga membayar RM5,000 lagi sebagai kos kastam bagi membolehkan barangan tersebut dihantar ke rumah tetapi akhirnya dia sedar bahawa dia telah pun ditipu oleh penjual tersebut.
Read More