Showing posts with label Gempa Bumi. Show all posts
Showing posts with label Gempa Bumi. Show all posts

Tsunami Melanda Perairan Chile Akibat Gempa Bumi 8.2 Magnitud

Leave a Comment
Tsunami Melanda Perairan Chile Akibat Gempa Bumi 8.2 Magnitud

Gempa bumi yang mempunyai magnitud 8.2 telah berlaku di perairan Chile yang mengakibatkan tsunami di bahagian utara.

Walaupun begitu, tidak berlaku kerosakan atau pun kematian.

Gempa bumi sekitar 20.1 kilometer di bawah paras laut dan 100 kilometer ke barat laut dari tapak perlombongan Lquique yang berdekatan sempadan Peru.

Tsunami berlaku di perairan selepas 45 minit gempa bumi.

Kawasan sekitar tersebut telah dikosongkan dan amaran dikeluarkan ke semua perairan Selatan dan Pasifik Amerika Tengah.
Read More

Penduduk Berkhemah di Sawah Padi Akibat Takut Gempa Bumi

Leave a Comment
Penduduk Berkhemah di Sawah Padi Akibat Takut Gempa Bumi

Khemah didirikan di tengah-tengah kawasan sawah padi di wilayah Bohol, Filipina.

Ianya berlaku bagi mengelak gegaran susulan gempa bumi yang dialami oleh penduduk di situ.

Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku sehingga menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Banyak rumah dan bangunan lain runtuh disebabkan oleh gempa bumi itu.
Read More

Pulau Negros Filipina Dilanda Gempa Bumi

Leave a Comment
Pulau Negros Filipina Dilanda Gempa Bumi
Gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter telah pun melanda pulau Negros di Filipina.

Gempa ini telah pun berlaku di 11 km barat Tagbilaran City di Filipina dan 766 km timur laut Sandakan di Sabah.

Ancaman tsunami dilaporkan tidak berlaku di kawasan tersebut.
Read More

Guru dan Pelajar di Baling Rasai Gempa Bumi

Leave a Comment
Guru dan Pelajar di Baling Rasai Gempa Bumi

Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther berlaku pada pukul 8.26 pagi melanda daerah Baling turut dirasai guru dan pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong.
   
Guru dan pelajar yang berada di tingkat satu bangunan sekolah menyebabkan mereka berasa loya.
   
Jabatan Meteorologi Malaysia menghubungi pihak sekolah berkenaan untuk mengesahkan gegaran itu selepas kira-kira 10 minit kejadian.
Read More

Gempa Bumi Kuat Berdekatan Selatan Panama

Leave a Comment
Gempa Bumi Kuat Berdekatan Selatan Panama

Gempa bumi kuat berukuran 6.7 skala Richter terjadi berdekatan Selatan Panama pada 11.43 malam tadi.

Pusat gempa terletak di 1174km barat laut Iquitos di Peru dan 17808km di timur laut Sandakan, Sabah serat dilaporkan tiada ancaman tsunami berlaku.
Read More

Gempa 6.0 Skala Richter Gegar Jepun

Leave a Comment
Gempa 6.0 Skala Richter Gegar Jepun
Gempa bumi 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah utara Jepun.

Gempa pada pukul 12.29 tengah hari waktu tempatan itu berlaku di wilayah Miyagi. Gegaran turut dirasai di wilayah Fukushima dan Iwate.

Tiada masalah berlaku di mana-mana kilang nuklear di kawasan terbabit.

Beberapa batang jalan ditutup dan sejumlah kereta api menjalani pemeriksaan keselamatan.
Read More

Gempa Bumi Gegar Sempadan Bandar Amerika Syarikat dan Mexico

Leave a Comment
Gempa Bumi Gegar Sempadan Bandar Amerika Syarikat dan Mexico

Satu gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter yang berpusat di Lautan Pasifik menggegarkan bandar Tijuana, Mexico dan San Diego, Amerika Syarikat.

Pusat Gempa Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa yang berlaku kira-kira 269 kilometer dari barat daya Rosarito, Mexico berhampiran dengan kawasan sempadan AS di barat laut Mexico.

Gempa itu berpusat pada kedalaman 13.3 kilometer namun tiada amaran tsunami serta laporan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Artikel Hangat Terkini :

Read More

Gempa Bumi Kuat di Timur Laut Jepun

Leave a Comment

Gempa Bumi Kuat di Timur Laut Jepun

Tsunami setinggi satu meter melanda timur laut Jepun semalam selepas gempa bumi kuat mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke tempat yang selamat.

Beberapa buah bangunan tinggi di Jepun berhayun selama beberapa minit. Stesen-stesen penyiaran turut meminta penduduk yang tinggal di pesisiran pantai untuk berpindah ke tempat yang lebih tinggi.

Perkhidmatan telefon mengalami kesesakan akibat bilangan panggilan yang dibuat terlalu banyak.

Amaran tsunami ditarik balik pada pukul 7.20 malam waktu tempatan dua jam selepas gempa bumi tersebut berlaku.

Mengikut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang berlaku pada pukul 5.18 petang itu berukuran 7.3 pada skala Richter.

Ahli-ahli meteorologi menyatakan tsunami setinggi satu meter berlaku di bandar Ishinomaki pada pukul 6.02 petang waktu tempatan.

Artikel Hangat Terkini :

Suami Isteri Tinggal Dalam Pembetung Lebih 30 Tahun
Safee Sali Sah Milik Johor
Kate Middleton Isteri Putera William Hamil
Tiket Semi Final Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 2012 dijual Jumaat Ini
Gambar Otak Einstein Didedahkan Muzium AS
Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000
Read More