Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Yuka Kinoshita Makan 137 Biji Pisang Dalam 6 Minit

Leave a Comment
Yuka Kinoshita Makan 137 Biji Pisang Dalam 6 Minit

Berita yang menakjubkan apabila seorang gadis bernama Yuka Kinoshita makan 137 pisang dalam 6 minit. Hidangan yang berlebihan ini telah menarik minta ramai orang di seluruh dunia.

Tambahan pula, gadis ini tetap kekal dengan badan yang ramping walaupun makan dengan banyak dalam sesuatu masa.

Gadis Jepun ini telah menunjukkan aksi hebatnya memakan pisang menerusi akaun Youtube yang dimiliki olehnya.

Selain itu, kebolehan Yuka memakan pisang yang bersamaan dengan 6 kilogram pisang dengan caranya yang tersendiri. 

Gadis Jepun ini sememangnya sangat terkenal dengan videonya terutamanya semasa dia sedang makan dengan hidangan yang terlalu banyak.

Yuka menambah topingnya yang tersendiri seperti coklat supaya tidak bosan ketika makan pelbagai makanan yang mempunyai jenis makan berbeza.
Read More

Datuk Lee Chong Wei Layak ke Final Badminton Kejohanan Dunia 2015

Leave a Comment
Datuk Lee Chong Wei Layak ke Final Badminton Kejohanan Dunia 2015

Datuk Lee Chong Wei bakal mengulangi keadaan pada tahun 2014 apabila layak ke pentas Final Kejohanan Dunia 2015. Datuk Lee Chong Wei akan bertemu dengan juara bertahan iaitu Chen Long dari China di Istora Senayan di Jakarta.

Lee Chong Wei telah berjaya mara ke final keempatnya selepas mengalahkan pilihan kedua iaitu Jan O Jorgensen 21-7, 21-19 di separuh akhir. Chen Long pula mara ke akhir dengan mengalahkan Kento Momota dari Jepun 21-9, 21-15.
   
Pertarungan mengambil masa selama 42 minit dengan Datuk Lee Chong Wei menggunakan kelebihan smash untuk memenangi set pertama dengan mudah. Pada set kedua, Jorgensen mula menunjukkan semangat melawan tetapi akhirnya tewas dengan permainan yang menarik daripada Lee Chong Wei.
    
Kemenangan ini adalah yang ke-13 Lee Chong Wei ke atas Jan O Jorgensen daripada 14 pertemuan mereka sejak November 2009. Lee Chong Wei berharap dapat menewaskan Chen Long untuk memenangi Kejohanan Dunia kali pertama dan mungkin penampilan yang terakhir sejak menjadi naib juara pada tahun 2011, 2013 dan 2014.

Datuk Lee Chong Wei baru sahaja kalah kepada Chen Long dalam Final Badminton Kejohanan Dunia dan berpuas hati dengan gelaran Naib Juara.
Read More

Ultraman Adiwira Jepun Muncul di Pavilion Kuala Lumpur

2 comments
Ultraman Adiwira Jepun Muncul di Pavilion Kuala Lumpur

Karakter-karakter adiwira Jepun iaitu Ultraman bakal muncul di Pavilion Kuala Lumpur bermula 27 Oktober 2014 sehingga 9 November 2014. Watak-watak jahat juga akan turut serta dalam penampilan ini. Ianya selaras dengan persembahan "Ultraman Live in Genting 2015" bermula 19 Februari sehingga 22 Mac 2014 di Resorts World Genting.

Roadshow ini akan berlaku selama dua minggu yang juga akan menampilkan ahli keluarga mereka yang terbaru iaitu Ultraman Ginga. Ultraman baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 siri terbitan Tsuburaya Production. 

Dua lagi karakter iaitu Ultraman Zero dan Ultraman Tiga bakal turut serta untuk beramah mesra dengan peminat dan peminat dapat menonton cerita Ultraman di skrin plasma yang disediakan.

Ultraman Adiwira Jepun Muncul di Pavilion Kuala Lumpur

Peminat-peminat boleh bergambar dengan Ultraman di tempat-tempat yang terpilih di Pavilion dan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan hasil daripada peraduan.

Lagi ramai karakter-karakter Ultraman termasuk Ultraman Seven, Taro, Mebius dan Cosmos serta dua raksasa kaiju yang akan di bawa ke Resorts World Genting.

Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan di Resorts World Genting boleh didapati semasa road show. Harga tiket bermula daripada RM48 sehingga RM88 dan pembeli terawal bakal menerima diskaun sehingga 30 peratus.
Read More

Gempa 6.0 Skala Richter Gegar Jepun

Leave a Comment
Gempa 6.0 Skala Richter Gegar Jepun
Gempa bumi 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah utara Jepun.

Gempa pada pukul 12.29 tengah hari waktu tempatan itu berlaku di wilayah Miyagi. Gegaran turut dirasai di wilayah Fukushima dan Iwate.

Tiada masalah berlaku di mana-mana kilang nuklear di kawasan terbabit.

Beberapa batang jalan ditutup dan sejumlah kereta api menjalani pemeriksaan keselamatan.
Read More

Robot Bantu Tulis Kaligrafi di Jepun

Leave a Comment
Robot Bantu Tulis Kaligrafi di Jepun

Seorang saintis iaitu Profesor Seiichiro Katsura dari Universiti Keio, Tokyo berjaya mencipta sebuah robot kaligrafi bagi memudahkan rakyat negara Jepun menguasai tulisan tersebut.

Ia dengan beberapa enjin dan satu tangan mekanikal yang disertakan sebatang berus. Ia mampu menulis seperti seorang pakar kaligrafi.


Robot ini membantu menulis kaligrafi dan berharap generasi muda Jepun untuk menguasai kemahiran kuno yang semakin dilupakan itu.

Proses menulis kaligrafi menjadi lebih cepat dan efisien dengan menggunakan robot.
Read More

Jepun Perkenal Kereta Api Maglev 500 Kilometer Sejam

Leave a Comment
Jepun Perkenal Kereta Api Maglev 500 Kilometer Sejam

Jepun menunjukkan kereta api terapung iaitu Maglev buatan tempatan yang boleh mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam.

Sistemnya ialah magnetik yang dilengkapi dengan teknologi paling canggih bagi mencapai kelajuan yang paling laju.

Ianya keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai) digerakkan kuasa magnet.

Maglev akan digunakan di seluruh Jepun  bermula 2045 selain sedang berusaha memperbaiki landasan dari Tokyo ke Osaka.

Ia tidak menggunakan roda serta mampu bergerak dengan lebih laju serta senyap.

Perjalanan rasminya pada September depan dan akan beroperasi antara Tokyo dan Nagoya pada pertengahan 2027.
Read More

Wan Zack dan Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun

1 comment

Wan Zack dan Nazirul Naim ke FC Ryukyu Jepun

Bek kiri Harimau Muda A, Nazirul Naim Che Hashim melakukan kejutan apabila terpilih ke kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor. Wan Zack merupakan pemain yang mampu beraksi di posisi sayap.

Nazirul berumur 20 tahun mempunyai kekuatan semulajadi kaki kiri dan menjadi pilihan dalam kesebelasan utama Harimau Muda A malah mampu beraksi sebagai sayap kiri.

Pemilihan kedua-dua pemain dimaklumkan oleh jurulatih Harimau Muda A iaitu Ong Kim Swee yang mengatakan Ryukyu mempunyai sebab tersendiri memilih Wan Zack dan Nazirul.
Read More