Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Yuka Kinoshita Makan 137 Biji Pisang Dalam 6 Minit

Leave a Comment
Yuka Kinoshita Makan 137 Biji Pisang Dalam 6 Minit

Berita yang menakjubkan apabila seorang gadis bernama Yuka Kinoshita makan 137 pisang dalam 6 minit. Hidangan yang berlebihan ini telah menarik minta ramai orang di seluruh dunia.

Tambahan pula, gadis ini tetap kekal dengan badan yang ramping walaupun makan dengan banyak dalam sesuatu masa.

Gadis Jepun ini telah menunjukkan aksi hebatnya memakan pisang menerusi akaun Youtube yang dimiliki olehnya.

Selain itu, kebolehan Yuka memakan pisang yang bersamaan dengan 6 kilogram pisang dengan caranya yang tersendiri. 

Gadis Jepun ini sememangnya sangat terkenal dengan videonya terutamanya semasa dia sedang makan dengan hidangan yang terlalu banyak.

Yuka menambah topingnya yang tersendiri seperti coklat supaya tidak bosan ketika makan pelbagai makanan yang mempunyai jenis makan berbeza.
Read More

Rakyat Malaysia Bazir 800000 Kilogram Makanan Sehari

Leave a Comment
Rakyat Malaysia Bazir 800000 Kilogram Makanan Sehari

Rakyat Malaysia telah dikatakan melakukan pembaziran dengan membuang makanan sehingga 800,000 kilogram sehari di mana ianya boleh memenuhi bekalan makanan bagi enam juta orang.

Kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan tersebut melibatkan kos berbilion ringgit dan sisa makan didapati meningkat di antara 15 sehingga 20 peratus pada musim perayaan.

Sisa makanan merupakan komposisi tertinggi bagi sisa pepejal sebanyak 45 peratus yang menyebabkan kos pengurusan mencecah RM1.6 bilion  pada tahun lepas.

Program Transformasi Minda bakal dilaksanakan bagi bulan Oktober untuk mengingatkan masyarakat Malaysia supaya tidak membuang makanan secara sesuka hati.
Read More