Berita yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua pelajar tahun 6 yang baru sahaja mengambil keputusan UPSR 2016. 40 peratus penilaian akademik masuk SBP tahun 2017 bagi kemasukan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Perkara yang penting ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Pendidikan. Selain itu, penilaian 60 peratus lagi akan dilakukan melalui kokurikulum dan disiplin para pelajar.
Tahap akademik bukan satu-satu kriteria yang diperlukan untuk ke SBP tetapi pemberian markah diberikan oleh pihak sekolah melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Sistem yang digunapakai ini menjadi buah mulut orang ramai tetapi semua pihak harus meletakkan dasar percaya kepada guru-guru yang berusaha untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara Malaysia.
0 comments:
Post a Comment