Showing posts with label Kemalangan. Show all posts
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Leave a Comment
Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Berita terbaru yang berlaku di Jordan apabila tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti iaitu Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.

Maklumat ini diperoleh daripada portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ). Fatin Iqmal Idziyani adalah berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana dan Al Najiatun Nailah adalah berasal dari Kelantan.

Nama-nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara Jordan. Pelajar-pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah. Izzam mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan manakala Fatin pula cedera di muka dan rahang.

Izzam berasal dari Negeri Sembilan dan Fatin berasal dari Kelantan akan dipindahkan ke hospital di Amman. Pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih lagi membuat perbincangan dengan waris mangsa sama ada tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti tersebut akan di bawa pulang ke Malaysia atau pun tidak.

Pelajar-pelajar berkenaan menaiki sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri suatu majlis ilmu. Warga Jordan turut berada di dalam kereta tersebut dan kemalangan tersebut telah berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.
Read More

Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah

Leave a Comment
Guru Wanita Parah Kemalangan Dalam Perjalanan ke Sekolah

Kemalangan berlaku di Kilometer 89 Jalan Kota Bharu-Gua Musang yang melibatkan guru wanita berusia 36 tahun. Guru tersebut parah selepas kereta Perodua Viva yang dimilikinya berlanggar dengan lori dan sebuah kereta Perodua Alza.

Kereta Perodua Viva yang dipandu oleh Suzita Yunus telah hilang kawalan sebelum melanggar lori tersebut. Rempuhan tersebut menyebabkan keretanya terbabas ke laluan bertentangan seterusnya bertembung dengan kereta Perodua Alza yang dinaiki dua orang lelaki. 

Kereta Perodua Alza tersebut telah termasuk ke dalam longkang lalu terbakar tetapi kedua-dua lelaki tersebut terselamat kerana sempat keluar daripada kenderaan. Mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan guru terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan.

Guru terbabit dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Sekolah Kebangsaan Lela Jasa di Laloh, Kuala Krai, Kelantan.
Read More

Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Leave a Comment
Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Sebentar tadi baru sahaja diadakan pengumuman khas yang telah diketuai oleh Datuk Azharuddin Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah memberitahu bahawa Malaysia secara rasminya telah pun mengisytihar bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa.

Pengumuman khas tersebut dilaksanakan supaya keluarga mangsa MH370 bakal mendapatkan bantuan yang diperlukan khususnya dari segi pampasan. Pengumuman ini telah pun disiarkan tadi melalui RTM TV1.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan jaminan bahawa pencarian kapal terbang MAS MH370 tersebut akan kekal sebagai keutamaan dan carian di dasar laut akan diteruskan yang menggunakan empat kapal.

Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua negara dan individu yang telah memberikan bantuan dan sokongan untuk menjalankan misi mencari MH370.
Read More

Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1

Leave a Comment
Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1

Rowan Atkinson atau pun lebih dikenali Mr Bean telah menyelamatkan seorang pemandu kereta sport mewah McLaren F1 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Pemandu tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan kaya warga Amerika Syarikat sedang mengikuti konvoi permotoran telah melanggar sebatang pokok.

Mr. Bean merupakan individu terawal yang tiba di tempat kejadian bagi membantu pemandu berkenaan. Beliau menelefon pihak polis Itali dan juga anggota bomba. Pemandu tersebut dikejarkan ke sebuah hospital di Pisa dan berada dalam keadaan baik.
Read More

Paul Walker Fast and Furious Maut Kemalangan

Leave a Comment
Paul Walker Fast and Furious Maut Kemalangan
Pelakon filem Fast and Furious iaitu Paul Walker berumur 40 tahun maut dalam kemalangan kereta. Kereta tersebut terbabas dan merempuh pokok di Valencia, selatan California, Amerika Syarikat.

Walker dengan seorang rakan memandu kereta jenis Porsche GT baru sahaja pulang daripada majlis kebajikan di Santa Clarita.
Paul Walker Fast and Furious Maut Kemalangan

Kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh pokok sebelum terbakar.

Walker dan rakannya itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Read More

Bayi Qutbi Ajwad 11 Bulan Retak Kaki Akibat Kemalangan

1 comment
Bayi Qutbi Ajwad 11 Bulan Retak Kaki Akibat Kemalangan

Mohd Afendi Jusoh yang berumur 28 tahun bersama isterinya Ila Nursalina Ali Amran juga berumur 28 tahun dalam kemalangan jalan raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Kemalangan tersebut menyebabkan Ila meninggal dunia.

Tambahan pula, bayi lelaki iaitu Qutbi Ajwad Mohd Affendi baru berusia 11 bulan dan ibu Ila iaitu Putri Saodah Megat Mat Dahlan berumur 59 tahun cedera parah dan patah di beberapa bahagian badan dan kaki.

Qutbi mengalami keretakan agak serius di dua bahagian kaki kanannya dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Read More

Nabila Huda Cedera Kemalangan

Leave a Comment
Nabila Huda Cedera Kemalangan

Pelakon Nabila Huda berumur 29 tahun terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

Mangsa bersama anaknya iaitu Keisha Laila berumur 4 tahun menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton.

Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan.
Read More

Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Kuala Terengganu

Leave a Comment
Ustaz Azhar Idrus Kemalangan di Kuala Terengganu

Penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus beserta isterinya telah pun dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya pada pagi tadi.

Beliau bersama isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan ini dikatakan berlaku di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.
Read More

Pemain Hoki Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Leave a Comment
Pemain Hoki Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Pemain hoki kebangsaan iaitu Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya pukul 3 pagi tadi.
Read More

Bayi Della Loh Zi Qing Maut Tercampak Dari Kereta

Leave a Comment

Bayi Della Loh Zi Qing Maut

Seorang bayi berusia 20 bulan telah terbunuh dan lima ahli keluarganya cedera parah apabila kereta mereka terbabas di Kilometer 26.51 Lebuhraya Karak.

Kira-kira jam 4.30 petang, bayi yang terbunuh iaitu Della Loh Zi Qing bersama dua lagi penumpang lain dipercayai tercampak keluar dari kereta dinaiki.

Kesemua mereka dari arah Gombak ke Kuala Lumpur dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian.

Bayi tersebut mengalami kecederaan dalaman serius disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
Read More