Showing posts with label Kapal Terbang. Show all posts
Showing posts with label Kapal Terbang. Show all posts

Juruterbang Delta Airlines Belanja Pizza Kepada Penumpang

Leave a Comment
Juruterbang Delta Airlines Belanja Pizza Kepada Penumpang

Perkara yang menarik berlaku di salah sebuah kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat Delta Airlines apabila penerbangan telah tergendala selama tiga jam di Lapangan Terbang Knoxville akibat cuaca buruk.

Juruterbang kapal terbang tersebut telah menempah banyak pizza untuk dinikmati oleh para penumpang yang terpaksa menunggu di dalam kapal terbang. 

Tambahan pula, kapal terbang tersebut yang berlepas dari Philadelphia sepatutnya tiba di Atlanta pada pukul 4 petang tetapi terpaksa menunda dan mendarat sementara di Knoxville.

Para penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut sungguh terharu apabila juruterbang telah membuat pesanan pizza untuk semua penumpang.

Selain itu, keadaan yang sama turut berlaku di Ohio, Illinois dan Mississipi apabila penumpang yang terkandas turut menikmati pizza yang diberikan oleh kru-kru penerbangan. Perkara ini telah tersebar luas seterusnya ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh kakitangan syarikat Delta Airlines untuk memuaskan hati penumpang.
Read More

Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Leave a Comment
Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Sebentar tadi baru sahaja diadakan pengumuman khas yang telah diketuai oleh Datuk Azharuddin Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah memberitahu bahawa Malaysia secara rasminya telah pun mengisytihar bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa.

Pengumuman khas tersebut dilaksanakan supaya keluarga mangsa MH370 bakal mendapatkan bantuan yang diperlukan khususnya dari segi pampasan. Pengumuman ini telah pun disiarkan tadi melalui RTM TV1.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan jaminan bahawa pencarian kapal terbang MAS MH370 tersebut akan kekal sebagai keutamaan dan carian di dasar laut akan diteruskan yang menggunakan empat kapal.

Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua negara dan individu yang telah memberikan bantuan dan sokongan untuk menjalankan misi mencari MH370.
Read More

Setem Kapal Terbang Terbalik

Leave a Comment
Setem Kapal Terbang Terbaik

Art Van Riper merupakan pemilik kedai barang kemas gembira kerana dia memiliki setem kapal terbang yang terbalik.

Ianya dikeluarkan pada tahun 1918 oleh Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat sebelum ditarik balik.

Setem yang tersilap cetak dikeluarkan semula pada September 2013 bertujuan menggalakkan orang ramai mengumpul setem. Riper tidak mahu menjual setem tersebut kepada sesiapa pun.
Read More