Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015

1 comment
Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015

Tragedi yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 masih lagi utuh diingatan semua pihak yang berlaku pada 17 Julai 2014. Sehubungan dengan itu, majlis ulang tahun pertama bakal diadakan pada 11 Julai 2015.

Majlis ini akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan.

Tambahan pula, tragedi yang berlaku ke atas MH17 merupakan perkara yang penting buat negara Malaysia. Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dengan apa yang berlaku dan sedang berusaha dengan gigih untuk membawa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diadili dengan teliti.

Selain itu, kita semua maklum bahawa tragedi ini telah mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuklah 44 rakyat Malaysia. Laporan akhir penyiasatan ini sedang dijalankan dan bakal dikeluarkan kepada umum tidak lama lagi.
Read More

Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Leave a Comment
Malaysia Isytihar Kapal Terbang MAS MH370 Sebagai Satu Kemalangan

Sebentar tadi baru sahaja diadakan pengumuman khas yang telah diketuai oleh Datuk Azharuddin Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang telah memberitahu bahawa Malaysia secara rasminya telah pun mengisytihar bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa.

Pengumuman khas tersebut dilaksanakan supaya keluarga mangsa MH370 bakal mendapatkan bantuan yang diperlukan khususnya dari segi pampasan. Pengumuman ini telah pun disiarkan tadi melalui RTM TV1.

Tambahan pula, beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah memberikan jaminan bahawa pencarian kapal terbang MAS MH370 tersebut akan kekal sebagai keutamaan dan carian di dasar laut akan diteruskan yang menggunakan empat kapal.

Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua negara dan individu yang telah memberikan bantuan dan sokongan untuk menjalankan misi mencari MH370.
Read More

Hidangan Masakan Chef Zubir MasterChef Malaysia oleh MAS

Leave a Comment
Hidangan Masakan Chef Zubir MasterChef Malaysia oleh MAS

Malaysia Airlines mengorak langkah yang baru dengan menghidangkan masakan chef selebriti dan yang juga hakim Masterchef Malaysia iaitu Chef Zubir.

Hidangan istimewa tersebut akan dihidangkan dalam penerbangan kelas pertama dan bisnes dari KLIA ke London, Paris, Frankfurt, Amsterdam, Istanbul, Auckland, Sydney, Melbourne, Adelaide, Brisbane dan Perth bagi tempoh sembilan bulan.

Tiga hidangan utama seperti ikan kod panggang dengan jem tomato cili, daging kambing biri-biri dengan jus tomato ketumbar dan tulang rusuk lembu bertumis.
Read More