Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015

1 comment
Majlis Ulang Tahun Pertama MH17 11 Julai 2015

Tragedi yang berlaku ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 masih lagi utuh diingatan semua pihak yang berlaku pada 17 Julai 2014. Sehubungan dengan itu, majlis ulang tahun pertama bakal diadakan pada 11 Julai 2015.

Majlis ini akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan.

Tambahan pula, tragedi yang berlaku ke atas MH17 merupakan perkara yang penting buat negara Malaysia. Pihak kerajaan sentiasa mengambil berat dengan apa yang berlaku dan sedang berusaha dengan gigih untuk membawa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk diadili dengan teliti.

Selain itu, kita semua maklum bahawa tragedi ini telah mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuklah 44 rakyat Malaysia. Laporan akhir penyiasatan ini sedang dijalankan dan bakal dikeluarkan kepada umum tidak lama lagi.
Read More

Hari Berkabung Negara Tragedi MH17 22 Ogos 2014

3 comments
Hari Berkabung Negara Tragedi MH17 22 Ogos 2014

Pada 22 Ogos 2014, seramai 15 daripada 24 jenazah warganegara Malaysia yang merupakan mangsa tragedi MH17 yang telah pun dikenalpasti bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga menyatakan bahawa penerbangan khas tersebut juga membawa pulang jenazah seorang warganegara Belanda yang mahu disemadikan di negara ini.

Jenazah-jenazah tersebut bakal diberikan penghormatan yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada pukul 10 pagi.

Justeru, 22 Ogos ini telah pun diisytiharkan sebagai hari berkabung berikutan tragedi yang berlaku ke atas pesawat MH17.
Read More