Showing posts with label Penumpang. Show all posts
Showing posts with label Penumpang. Show all posts

Juruterbang Delta Airlines Belanja Pizza Kepada Penumpang

Leave a Comment
Juruterbang Delta Airlines Belanja Pizza Kepada Penumpang

Perkara yang menarik berlaku di salah sebuah kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat Delta Airlines apabila penerbangan telah tergendala selama tiga jam di Lapangan Terbang Knoxville akibat cuaca buruk.

Juruterbang kapal terbang tersebut telah menempah banyak pizza untuk dinikmati oleh para penumpang yang terpaksa menunggu di dalam kapal terbang. 

Tambahan pula, kapal terbang tersebut yang berlepas dari Philadelphia sepatutnya tiba di Atlanta pada pukul 4 petang tetapi terpaksa menunda dan mendarat sementara di Knoxville.

Para penumpang yang berada di dalam kapal terbang tersebut sungguh terharu apabila juruterbang telah membuat pesanan pizza untuk semua penumpang.

Selain itu, keadaan yang sama turut berlaku di Ohio, Illinois dan Mississipi apabila penumpang yang terkandas turut menikmati pizza yang diberikan oleh kru-kru penerbangan. Perkara ini telah tersebar luas seterusnya ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh kakitangan syarikat Delta Airlines untuk memuaskan hati penumpang.
Read More

Perkhidmatan Bas Hentian Bas Putra Berpindah 1 Disember 2014

Leave a Comment
Perkhidmatan Bas Hentian Bas Putra Berpindah 1 Disember 2014

Pemberitahuan terbaru dinyatakan bahawa perkhdimatan bas ekpres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) bakal berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Disember 2014.

Perpindahan ini wajib dilakukan disebabkan oleh struktur bangunan HBP yang tidak lagi selamat dan juga melibatkan faktor keselesaan penumpang bas.

Terminal Bersepadu Selatan mempunyai tempat yang selesa jika dibandingkan dengan Hentian Bas Putra. Selain itu, tempat ini juga mempunyai hubungan dengan jaringan pengangkutan awam lain. Ruang di sini juga lebih luas yang dapat menampung bas yang banyak.
Read More

40 Penumpang Maut Pesawat Terhempas di Iran

Leave a Comment
40 Penumpang Maut Pesawat Terhempas di Iran

Sebuah pesawat yang mempunyai 40 orang penumpang telah pun terhempas di kawasan penempatan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad.

40 orang penumpang yang melibatkan tujuh kanak-kanak telah pun terbunuh dalam kemalangan itu.

Maklumat yang diketahui bahawa tiada sebarang kecederaan yang membabitkan orang awam berhampiran kawasan kejadian.

Kapal terbang dalam perjalanan ke Tabas dan terhempas di Azad yang berhampiran Mina 6 Boulevard.
Read More