Showing posts with label Maut. Show all posts
Showing posts with label Maut. Show all posts

Juruterbang Jet Wanita Pertama di China Maut

Leave a Comment
Juruterbang Jet Wanita Pertama di China Maut

Berita terbaru berkenaan dengan juruterbang jet wanita pertama di China maut. Wanita tersebut sebelum ini telah dinobatkan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama di negara China yang maut dalam insiden udara.

Juruterbang yang bernama Yu Xu berumur 30 tahun dan seorang juruterbang lelaki telah terhempas di negara China. Juruterbang wanita tersebut tidak sempat keluar dari pesawat pada masa yang tepat.

Tambahan pula, juruterbang lelaki yang bersama-sama wanita tersebut sempat keluar dari pesawat dan telah terselamat. Mangsa mengemudi jet pejuang J-10 ketika kejadian jet terhempas tersebut berlaku.

Yu Xu merupakan anak kelahiran di Chengdu yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1. Mangsa juga adalah juruterbang wanita pertama yang berkebolehan untuk menerbangkan jet pejuang domestik di China.
Read More

Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Leave a Comment
Tiga Pelajar Malaysia Maut di Jordan Dikenal Pasti

Berita terbaru yang berlaku di Jordan apabila tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti iaitu Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, Hana' Azhar dan Al Najiatun Nailah Mohd Safie.

Maklumat ini diperoleh daripada portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ). Fatin Iqmal Idziyani adalah berasal dari Kuala Lumpur manakala Hana dan Al Najiatun Nailah adalah berasal dari Kelantan.

Nama-nama mangsa diperoleh dari Hospital Kerajaan Mafraq di negara Jordan. Pelajar-pelajar Malaysia yang terselamat ialah Izzam Hasif dan Fatin Noor Syahirah. Izzam mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan manakala Fatin pula cedera di muka dan rahang.

Izzam berasal dari Negeri Sembilan dan Fatin berasal dari Kelantan akan dipindahkan ke hospital di Amman. Pihak kedutaan dan Education Malaysia Jordan masih lagi membuat perbincangan dengan waris mangsa sama ada tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti tersebut akan di bawa pulang ke Malaysia atau pun tidak.

Pelajar-pelajar berkenaan menaiki sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri suatu majlis ilmu. Warga Jordan turut berada di dalam kereta tersebut dan kemalangan tersebut telah berlaku di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan.
Read More

40 Penumpang Maut Pesawat Terhempas di Iran

Leave a Comment
40 Penumpang Maut Pesawat Terhempas di Iran

Sebuah pesawat yang mempunyai 40 orang penumpang telah pun terhempas di kawasan penempatan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad.

40 orang penumpang yang melibatkan tujuh kanak-kanak telah pun terbunuh dalam kemalangan itu.

Maklumat yang diketahui bahawa tiada sebarang kecederaan yang membabitkan orang awam berhampiran kawasan kejadian.

Kapal terbang dalam perjalanan ke Tabas dan terhempas di Azad yang berhampiran Mina 6 Boulevard.
Read More

Paul Walker Fast and Furious Maut Kemalangan

Leave a Comment
Paul Walker Fast and Furious Maut Kemalangan
Pelakon filem Fast and Furious iaitu Paul Walker berumur 40 tahun maut dalam kemalangan kereta. Kereta tersebut terbabas dan merempuh pokok di Valencia, selatan California, Amerika Syarikat.

Walker dengan seorang rakan memandu kereta jenis Porsche GT baru sahaja pulang daripada majlis kebajikan di Santa Clarita.
Paul Walker Fast and Furious Maut Kemalangan

Kereta yang dinaiki terbabas dan merempuh pokok sebelum terbakar.

Walker dan rakannya itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Read More

Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut

Leave a Comment
Bas Rempuh Treler Sebabkan Tiga Maut

Tiga maut dan empat cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat dengan sebuah treler muatan kayu.

Ianya berlaku di Kilometer 45.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).

Seramai 10 penumpang lain hanya cedera ringan dan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut pemandu bas, R Shashi Kumar berumur 24 tahun, warga Indonesia, Edi Setiono berumur 51 tahun, badan ditembusi kayu dan pemandu treler, A Majid Sadar Mohd berumur 59 tahun akibat serangan jantung.

Kereta Mazda juga remuk disebabkan melanggar longgokan kayu di atas jalan raya.
Read More

Pemain Hoki Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Leave a Comment
Pemain Hoki Chua Boon Huat Maut Kemalangan

Pemain hoki kebangsaan iaitu Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan apabila kereta dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kelana Jaya pukul 3 pagi tadi.
Read More

Cucu Belasah Nenek Sehingga Maut

Leave a Comment
Cucu Belasah Nenek Sehingga Maut

Seorang warga emas berumur 84 tahun mati dalam keadaan menyayat hati selepas ditumbuk di bahagian muka beberapa kali oleh cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir.

Che Minah Che Hassan sudah uzur meninggal dunia selepas cedera parah akibat dibelasah suspek berusia 35 tahun itu.

Lelaki terbabit bertindak ganas jua dengan menumbuk bertubi-tubi ibu kandungnya iaitu Che Rahmah Che Will berusia 61 tahun sehingga cedera dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Suspek naik angin tiba-tiba lalu menyerang nenek serta ibunya di dalam rumah dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi.
Read More

Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen

Leave a Comment
Kanak-kanak Dua Tahun Maut Akibat Dihempap Televisyen

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dihempap televisyen bersaiz 29 inci di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Telok Chengai.

Muhammad Luqhman Hakim Lazzuan sedang menonton televisyen ketika itu sambil bermain berhampiran rak televisyen.

Bapa mangsa, Lazzuan Ishak berumur 37 tahun sedang mandi manakala isterinya Waida Kasim berumur 27 tahun sedang bersolat.

Bunyi dentuman yang kuat berlaku dan Lazzuan Ishak melihat televisyen bersama rak meletak televisyen yang diperbuat daripada besi telah jatuh dan menimpa anaknya.
Read More