Showing posts with label Pesawat. Show all posts
Showing posts with label Pesawat. Show all posts

Juruterbang Jet Wanita Pertama di China Maut

Leave a Comment
Juruterbang Jet Wanita Pertama di China Maut

Berita terbaru berkenaan dengan juruterbang jet wanita pertama di China maut. Wanita tersebut sebelum ini telah dinobatkan sebagai juruterbang jet pejuang wanita pertama di negara China yang maut dalam insiden udara.

Juruterbang yang bernama Yu Xu berumur 30 tahun dan seorang juruterbang lelaki telah terhempas di negara China. Juruterbang wanita tersebut tidak sempat keluar dari pesawat pada masa yang tepat.

Tambahan pula, juruterbang lelaki yang bersama-sama wanita tersebut sempat keluar dari pesawat dan telah terselamat. Mangsa mengemudi jet pejuang J-10 ketika kejadian jet terhempas tersebut berlaku.

Yu Xu merupakan anak kelahiran di Chengdu yang merupakan sebahagian daripada Pasukan Akrobatik Udara August 1. Mangsa juga adalah juruterbang wanita pertama yang berkebolehan untuk menerbangkan jet pejuang domestik di China.
Read More

Pesawat Jadi Restoran Mewah Di Wuhan China

Leave a Comment
Pesawat Jadi Restoran Mewah Di Wuhan China

Pesawat jadi restoran mewah di Wuhan China menjadi berita yang menarik di mana telah mencipta kelainan apabila menjadikan badan pesawat sebagai tempat menjamu selera.

Lilly Airways merupakan nama restoran pesawat pertama di China tersebut iaitu menggunakan pesawat Boeing 777 sebagai daya tarikan kepada orang ramai.

Li Liang adalah pemilik restoran yang membeli pesawat lama ini melalui syarikat penerbangan Indonesia iaitu Batavia Air pada Mei 2015.

Pesawat jadi restoran mewah di Wuhan China telah memberikan kos sebanyak 3 juta yuan iaitu RM1.8 juta. 

Kabin pesawat merupakan tempat menjamu selera dan juga di bahagian kokpit merupakan simulator bagi pelanggan merasai pengalaman menarik membawa kapal terbang.

Makanan di Lilly Airways adalah berharga di antara 200 sehingga 300 yuan (RM121 - RM182) bagi seseorang. Tambahan pula, untuk permainan simulator adalah berharga 300 ke 400 yuan (RM182 - RM243).
Read More

Pesawat Airbus A320 Germanwings Terhempas di Banjaran Alps

1 comment
Pesawat Airbus A320 Germanwings Terhempas di Banjaran Alps

Syarikat penerbangan Germanwings dalam keadaan yang terkejut apabila pesawat Airbus A320 miliknya telah pun terhempas di kawasan pedalaman Banjaran Alps di selatan Perancis. Berita mengatakan kemungkinan semua 150 penumpang dan kru dipercayai terbunuh.

Pesawat berkenaan telah menghantar isyarat kecemasan pada pukul 10.47 pagi (5.47 petang waktu tempatan) sebelum terhempas di kawasan gunung tersebut.

Panggilan kecemasan tersebut diterima selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang El Prat, Barcelona pada pukul 9.55 pagi waktu tempatan (4.55 petang waktu Malaysia).

Pesawat tersebut terhempas ketika dalam penerbangan dari Barcelona menuju ke bandar raya Duesseldorf di Jerman.

Berita tidak rasmi juga ada menyatakan bahawa pesawat tersebut menjunam dari ketinggian 10,668 meter tetapi tidak jatuh dengan cukup cepat apabila pesawat hilang kawalan.
Read More

Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 Alami Masalah Teknikal

Leave a Comment
Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 Alami Masalah Teknikal

Pesawat AirAsia Indonesia QZ7633 yang dijadualkan berlepas dari Surabaya ke Bandung telah pun ditangguhkan disebabkan masalah teknikal pada hari Sabtu yang lalu.

Pesawat Airbus jenis A320-200 yang mempunyai nombor pendaftaran PK-AZC mempunyai 161 penumpang telah pun mengalami masalah penutupan secara automatik pada Unit Kuasa Sokongan (APU). Justeru, kapal terbang tersebut terpaksa dijalankan pemeriksaan sebagai langkah keselamatan.

Tambahan pula, APU adalah meranti di bahagian ekor pesawat yang membekalkan tenaga bagi kuasa elektrik dan sistem pneumatic semasa pesawat berada di darat sebelum menghidupkan enjin utama.

Ianya juga mempunyai perlindungan secara automatik yang akan mematikan APU sekiranya terdapat kerosakan kepada pesawat seperti overspeed, tekanan minyak rendah, masalah penapis minyak atau minyak terlalu panas bagi langkah-langkah keselamatan.
Read More

Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk

Leave a Comment

Pesawat Taiwan Terhempas Akibat Cuaca Buruk

Cuaca buruk yang diakibatkan oleh taufan merupakan punca sebuah pesawat penumpang di Taiwan terhempas yang mengorbankan 48 nyawa dan mencederakan 10 orang di dalam pesawat serta lima lagi di darat.

Pesawat ATR-72 milik Penerbangan TransAsia mempunyai 58 penumpang dan kru apabila terhempas ketika mendarat di Kepulauan Penghu di Selat Taiwan.

Mangsa merupakan 46 warga tempatan dan dua pelajar perubatan Perancis yang menjalani latihan di Taiwan.

Kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas Taufan Matmo melintasi Taiwan di mana pesawat terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di Magong, Pulau Penghu.
Read More

Kerjasama Tudung Fareeda Dengan Pesawat Firefly

Leave a Comment
Kerjasama Tudung Fareeda Dengan Pesawat Firefly

Tudung Fareeda telah pun menjalankan pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk syarikat mereka pada badan pesawat milik Firefly bermula tahun 2014.

Ianya merupakan penglibatan kali pertama mereka melalui industri penerbangan bagi mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Firefly dalam langkah meluaskan penerbangan dan Fareeda berharap kerjasama yang dijalankan ini bakal menaikkan keuntungan Fareeda.

Kerjasama ini adalah selama setahun tetapi Fareeda berharap untuk meneruskannya selepas itu.
Read More

Pesawat Pengesan Maritim P-3C Orion New Zealand

Leave a Comment
Pesawat Pengesan Maritim P-3C Orion New Zealand

Kerajaan Malaysia telah memaklumkan mendapat tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand iaitu John Key bahawa pesawat pengesan maritim P-3C Orion akan dihantar untuk mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.

Perkara ini diberitahu oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kapal terbang tersebut mempunyai pengkhususan pengesanan maritim.
Read More