Showing posts with label FireFly. Show all posts
Showing posts with label FireFly. Show all posts

Kerjasama Tudung Fareeda Dengan Pesawat Firefly

Leave a Comment
Kerjasama Tudung Fareeda Dengan Pesawat Firefly

Tudung Fareeda telah pun menjalankan pengiklanan yang unik dengan mempromosikan produk syarikat mereka pada badan pesawat milik Firefly bermula tahun 2014.

Ianya merupakan penglibatan kali pertama mereka melalui industri penerbangan bagi mempromosikan jenama Fareeda di beberapa kawasan di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Firefly dalam langkah meluaskan penerbangan dan Fareeda berharap kerjasama yang dijalankan ini bakal menaikkan keuntungan Fareeda.

Kerjasama ini adalah selama setahun tetapi Fareeda berharap untuk meneruskannya selepas itu.
Read More

Firefly Perkenal Laluan Baru Johor Bahru Ke Pekan Baru Indonesia

Leave a Comment
Firefly Perkenal Laluan Baru Johor Bahru Ke Pekan Baru Indonesia

Syarikat penerbangan Firefly akan memperkenalkan perkhidmatan mingguan berjadual antara Johor Bahru dan Pekan Baru di Indonesia dari 1 Ogos 2013 hingga 31 Julai 2014.

Ia merupakan laluan antarabangsa pertama Firefly dari Johor.

Pilihan perjalanan tersebut kepada penduduk di Johor dan menyasarkan penumpang untuk perniagaan dan pelancongan dari Johor Bahru.

Firefly akan menggunakan sebuah pesawat turboprop ATR 72-500.
Read More

Firefly Tawar Tambang Satu Hala Bermula Serendah RM 95

Leave a Comment
Firefly Tawar Tambang Satu Hala Bermula Serendah RM 95

Firefly menawarkan tambang promosi bagi satu hala bermula RM95 untuk laluan tempatan dan serantau yang termasuk destinasi baru ke Hat Yai.

Tempoh tempahan mulai sekarang hingga 18 November untuk perjalanan mulai 8 Jan 2013 hingga 31 Mac 2013.

Tiket boleh dibeli daripada laman sesawang Firefly dan menerusi pusat panggilannya.
Read More

Tawaran Hebat FireFly di Pameran Matta 2012

1 comment
Tawaran Hebat FireFly di Pameran Matta 2012

Sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (KL Matta Fair 2012) yang akan diadakan bermula hari ini sehingga 9 September di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), FireFly menawarkan pelbagai tawaran menarik bagi pakej percutian dan tiket penerbangan.   

Untuk pameran Matta tahun ini, FireFly menawarkan promosi tiket penerbangan dari RM55 sehala untuk laluan domestik dan serantau untuk tempahan sehingga 9 September dan penerbangan dari 25 September hingga 26 Oktober.
Read More