Pelajar Sakit Kepala Main Komputer Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Leave a Comment
Pelajar Sakit Kepala Main Komputer Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Kanak-kanak lelaki mengalami sakit kepala disebabkan bermain komputer di kafe siber menjadi tanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah.

Muhammad Azmin Abdullah yang berumur 12 tahun mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang.

Pada setiap hari sejak cuti sekolah,  Azmin keluar rumah bersama abangnya iaitu Muhammad Azanir berumur 13 tahun pada pukul 7.30 pagi dan pulang pada pukul 6.30 petang.
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: