Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts
Showing posts with label Johor Darul Takzim. Show all posts

Tunku Mahkota Johor Secara Rasmi Pemilik JDT

Leave a Comment
Tunku Mahkota Johor Secara Rasmi Pemilik JDT

Berita terbaru yang diketahui bahawa Tunku Mahkota Johor secara rasmi pemilik JDT. Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memajukan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Datuk Ismail Karim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Tunku Ismail sebelum ini merupakan Penaung Diraja PBNJ.

Tambahan pula, penyokong-penyokong pasukan Harimau Selatan diberitahu bahawa mulai musim 2016 secara rasminya Tunku Mahkota Johor akan menjadi pemilik kepada kelab bola sepak JDT.

Baginda yang juga merupakan Penaung Diraja PBNJ akan tetap meneruskan misi dan visi untuk membangunkan pasukan bola sepak negeri Johor sehingga ke tahap yang tertinggi di Malaysia dan di dunia.
Read More

Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Leave a Comment
Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM

Kes pemain Gary Steven Robbat berusia 22 tahun yang melibatkan kontroversi di antara tiga pasukan iaitu Kedah, Johor Darul Takzim dan Pahang telah pun menemui titik noktah.

Gary telah pun diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana telah melanggar peraturan perpindahan pemain. Gary telah pun digantung untuk bermain selama tiga bulan dan didenda RM 50,000.

Tambahan pula, Gary Steven Robbat tidak dibenarkan bermain dalam mana-mana kejohanan berkuatkuasa serta merta. Gary juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2014 bersama Pahang dan Johor DT adalah tidak sah.

Sementara itu, Kedah juga tidak layak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A tersebut yang berasal daripada Kulim selepas meneliti bahawa Gary memulakan aktiviti bola sepak bersama Harimau Muda C.

Selain itu, Johor DT telah pun didenda sebanyak RM 100,000 kerana melakukan kecuaian dalam menangani perpindahan pemain manakala Pahang pula hanya diberikan amaran keras oleh FAM.
Read More

Johor Darul Takzim Buru Fernando Torres Bagi Musim 2016

Leave a Comment
Johor Darul Takzim Buru Fernando Torres Bagi Musim 2016

Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah pun mengesahkan bahawa baginda berunding secara awal untuk membawa masuk penyerang Sepanyol iaitu Fernando Torres ke Johor Darul Takzim bagi musim 2016.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor melakukan rundingan dengan ejen penyerang terbabit yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.

Beliau bakal menggantikan penyerang Luciano Figueroa yang bersara pada musim 2016.

Sekiranya rundingan tersebut tidak berjaya, JDT bakal melakukan rundingan untuk mendapatkan Fernando Llorente, Mario Gomez atau pun Javier Saviola.
Read More

30,000 Tiket Final Piala FA untuk Kelantan dan Johor Darul Takzim

Leave a Comment
30,000 Tiket Final Piala FA untuk Kelantan dan Johor Darul Takzim

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan Johor Darul Takzim (Johor DT) untuk perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

Baki 27,000 lagi tiket dijual di stadium berkenaan pada 28 Jun ini bermula 9 pagi.

Pengagihan tiket kepada kedua-dua pasukan bermula pada 24 Jun ini dan boleh dijual di negeri masing-masing pada 25 Jun.
Read More

Pahang vs Johor Darul Takzim 3-2 Liga Super Malaysia 2013

Leave a Comment
Pahang vs Johor Darul Takzim 3-2 Liga Super Malaysia 2013

Pasukan Pahang dibawah bimbingan Dollah Salleh telah melakukan kebangkitan yang menakjubkan di Stadium Pahang Darul Makmur. Johor mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan ketua pasukan Johor Darul Takzim iaitu Safiq Rahim pada minitke 11 dan diikuti pula oleh jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 26.

Pahang berjaya bangkit pada separuh masa kedua melalui jaringan Fauzi Roslan pada minit ke 49 dan 72. Gol kemenangan dijaringkan oleh S. Surendran pada minit ke 83. Hasil kemenangan ini Pahang mengutip 3 mata penuh dan Johor Darul Takzim tanpa sebarang mata pada perlawana sulung ini.

Read More