Berita tergempar yang diketahui bahawa Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia. Perkara ini telah dinyatakan selepas melakukan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Showing posts with label FAM. Show all posts
Showing posts with label FAM. Show all posts
Gary Steven Robbat Digantung Tiga Bulan oleh FAM
Kes pemain Gary Steven Robbat berusia 22 tahun yang melibatkan kontroversi di antara tiga pasukan iaitu Kedah, Johor Darul Takzim dan Pahang telah pun menemui titik noktah.
Gary telah pun diputuskan bersalah oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana telah melanggar peraturan perpindahan pemain. Gary telah pun digantung untuk bermain selama tiga bulan dan didenda RM 50,000.
Tambahan pula, Gary Steven Robbat tidak dibenarkan bermain dalam mana-mana kejohanan berkuatkuasa serta merta. Gary juga tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kontrak yang ditandatangani sebelum 1 Disember 2014 bersama Pahang dan Johor DT adalah tidak sah.
Sementara itu, Kedah juga tidak layak untuk memiliki bekas pemain Harimau Muda A tersebut yang berasal daripada Kulim selepas meneliti bahawa Gary memulakan aktiviti bola sepak bersama Harimau Muda C.
Selain itu, Johor DT telah pun didenda sebanyak RM 100,000 kerana melakukan kecuaian dalam menangani perpindahan pemain manakala Pahang pula hanya diberikan amaran keras oleh FAM.
Barisan Kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia Tahun 2014/2018
Ini merupakan barisan kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014-2018 selepas pemilihan pada Kongres ke-50 FAM:
Presiden:
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (Pahang)
Timbalan Presiden:
1. Datuk Seri Afandi Hamzah (Kelantan)
2. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Selangor)
Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Perak)
2. Datuk Rozabil Abdul Rahman (Perlis)
3. Datuk Sudarsono Osman (Sarawak)
Ahli Jawatankuasa Eksekutif:
1. Datuk Yusof Mahadi (Melaka)
2. Abdul Aziz Yeop Jamaluddin (Perak)
3. Datuk S. Sivasundram (penyandang-Selangor)
4. Alijus@Mohd Ali Sipil (Sabah)
5. Datuk Osman Salleh (penyandang-PDRM))
6. Goh Ah Chai (Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia)
7. Datuk Mohd Junid Mohd Noor (Pulau Pinang)
8. Datuk Othman Aziz (Kedah)
9. Brig. Jeneral Datuk Norhuda Ahmad (wanita)
10. Normala Md Yusof (wanita)
FAM Tidak Sambung Kontrak Datuk K Rajagobal
Persatuan Bola Sepak Malaysia iaitu FAM tidak akan menyambung kontrak jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tamat pada 31 Disember 2013.
Naib Presiden FAM iaitu Datuk Seri Subahan Kamal telah mengumumkan kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM.
Tiket Final Piala Malaysia RM 40
October 28, 2013
FAM,
Final Piala Malaysia,
Kelantan,
Pahang,
Persatuan Bola Sepak Malaysia,
Tiket
Leave a Comment
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang.
Tiket perlawanan akhir jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam ialah RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak mula dijual Rabu ini.
30000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 30000 Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).
Baki 15000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Rabu ini.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus, Astro Arena & FAM 2012
October 30, 2012
100Plus,
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan,
Astro Arena,
FAM,
Piala Malaysia
Leave a Comment
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan diwujudkan sebagai satu pengiktirafan ke atas pemain, jurulatih, kelab dan pihak pengurusan selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia baru-baru ini.
Penjaga Gol Terbaik - Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pertahanan Terbaik - Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (ATM)
Pemain Tengah Terbaik - Safiq Rahim (Selangor)
Penyerang Terbaik - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Pemain Harapan Terbaik - Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah)
Jurulatih Terbaik - B Sathiananthan (ATM)
Pemain Paling Bernilai - Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Pemain Import Terbaik - Marlon Alex James (ATM)
Pengadil Terbaik - Nafeez Abd. Wahab
Anugerah Khas Program Pembagunan Bola Sepak Kebangsaan - Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Pembagunan Sukan)
Anugerah Khas Bola Sepak Kebangsaan - Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Mihat
Artikel Hangat Terkini :
Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Yuna Kena Rompak di Amerika Syarikat
Galaxy Note II Dijual di Malaysia
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012





