Showing posts with label Tiket. Show all posts
Showing posts with label Tiket. Show all posts

Tambang Promosi AirAsia Serendah RM39 Bermula 18 April 2016

Leave a Comment
Tambang Promosi AirAsia Serendah RM39 Bermula 18 April 2016

Tambang promosi AirAsia serendah RM39 bermula 18 April 2016 adalah berita terbaik yang patut direbut oleh orang ramai. Ianya perjalanan sehala termasuk cukai untuk ke Pulau Pinang, Johor Baharu, Alor Setar, Kota Bharu dan Terengganu.

Tambahan pula, syarikat penerbangan AirAsia juga menawarkan penerbangan dari RM99 sehala termasuk cukai untuk ke Siem Reap, Pattaya dan sebagainya.

Perjalanan ini akan bermula dari 1 Oktober 2016 sehingga 22 Mei 2017. Ianya boleh ditempah melalui di laman web AirAsia, peranti iPhone dan Android serta laman mobile AirAsia.

Promosi yang berlaku selama seminggu ini membolehkan pemilik AirAsia Big boleh meraih mata BIG Points berganda semasa menempah tiket promosi di laman web AirAsia.

Tawaran perkhidmatan ke lebih 100 destinasi di 22 buah negara ini pasti membuatkan lebih ramai pengguna dapat merancang perjalanan yang terbaik.
Read More

Penduduk Negeri Johor Tebus 10000 Tiket Legoland

Leave a Comment
Penduduk Negeri Johor Tebus 10000 Tiket Legoland

Penduduk-penduduk di negeri Johor telah berjaya merebut peluang yang ditawarkan oleh Sinar Harian. Mereka berpusu-pusu ke Legoland bagi menebus tiket di mana program ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut.

Tambahan pula, ramai daripada mereka datang dari merata-rata tempat di negeri Johor untuk merebut tawaran percuma tersebut. Mereka cuma perlu mengumpul tujuh keratan akhbar dalam Sinar Harian untuk ditukarkan kepada tiket Legoland.

Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan iaitu dimaklumkan bahawa sejumlah 10,000 tiket telah berjaya ditebus sehingga kaunter ditutup pada pukul 3 petang. Semua pihak berharap program sebegini dapat juga dilaksanakan di negeri-negeri lain bagi semua pihak dapat merasai tiket percuma Legoland juga.
Read More

Tiket Perlawanan Akhir Pahang Lawan Johor Darul Takzim Piala Malaysia 2014

Leave a Comment
Tiket Perlawanan Akhir Pahang Lawan Johor Darul Takzim Piala Malaysia 2014

Tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim bakal dijual di negeri masing-masing mulai 29 Oktober 2014.

Persatuan Bola Sepak Malaysia iaitu FAM telah pun menyediakan sebanyak 90,000 keping tiket kepada para penyokong. Kedua-dua pasukan diberi sebanyak 40,000 keping tiket dan baki 10,000 keping tiket akan dijual secara online.

Tiket perlawanan ini dijual dengan harga RM40 sekeping bagi tempat duduk grandstand dan terbuka. Perlawanan tersebut bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 November 2014.
Read More

Felda United FC Jual Tiket Final Piala FA Mulai 3 Jun 2014

Leave a Comment
Felda United FC Jual Tiket Final Piala FA Mulai 3 Jun 2014

Felda United FC akan menjual tiket final Piala FA kepada penyokong mereka di Menara Felda, Jalan Tun Razak bermula petang esok.

Baki tiket yang tidak terjual bakal diagih kepada pengurus wilayah Felda di seluruh negara untuk dijual.

Felda akan menentang Pahang pada aksi final Piala FA 2014 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu 7 Jun 2014. 

Harga tiket bagi dewasa ialah RM40 manakala kanak-kanak RM5.
Read More

Tiket Final Piala Malaysia RM 40

Leave a Comment
Tiket Final Piala Malaysia RM 40
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang.

Tiket perlawanan akhir jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam ialah RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak mula dijual Rabu ini.

30000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan 30000 Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).

Baki 15000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi Rabu ini.
Read More

Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012

Leave a Comment
Tiket Piala AFF Suzuki Mula Dijual 23 November 2012


Tiket perlawanan bola sepak Piala AFF-Suzuki akan mula dijual pada 23 November ini iaitu dua hari sebelum kejohanan berlangsung.

Harga tiket bagi setiap perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Bagi perlawanan akhir, harga tiket ialah RM50 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Artikel Hangat Terkini :

Ahmad Fakri Saarani Sah Wakili Atletico Sport Clube Reguengos Portugal
Firefly Tawar Tambang Satu Hala Bermula Serendah RM 95
Kapal Mewah Milik Steve Jobs
Kate Middleton Wanita Paling Cantik Semula Jadi United Kingdom (UK)
Persembahan Wonder Girls Sangat HOT Berbaju Kurung
Rebat Tol Sempena Deepavali dan Awal Muharam
Read More