Berita yang menggembirakan apabila Cristiano Ronaldo Pemain Bola Sepak Terbaik Dunia Buat Kali Kelima. Ronaldo telah mencatatkan sejarah baharu dalam karier bola sepak apabila memenangi anugerah berprestij Ballon d’Or kali kelima.
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia
Berita tergempar yang diketahui bahawa Nelo Vingada Letak Jawatan Ketua Jurulatih Bola Sepak Malaysia. Perkara ini telah dinyatakan selepas melakukan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pasukan Bola Sepak Kedah Mampu ke Peringkat Akhir Piala FA 2016
April 02, 2016
Bola Sepak,
Final,
Final Piala FA,
Helang Merah,
Kedah,
Piala FA 2016,
Stadium Darul Aman
Leave a Comment
Pasukan bola sepak Kedah mampu ke peringkat akhir Piala FA 2016 jika diikutkan dengan semangat juang yang tingi dan persiapan yang lengkap yang dilakukan oleh skuad Kedah mengikut berita terkini.
Semua pemain bola sepak Kedah dilihat telah memberikan fokus yang terbaik dan permainan yang mantap di atas padang. Justeru, tidak hairanlah jika Kedah berjaya layak ke peringkat akhir Piala FA 2016.
Gol memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan dicapai pada perlawanan yang seterusnya. Penyokong mestilah berdiri teguh di belakang skuad Kedah dengan memberikan sokongan yang padu.
Skuad Kedah telah seri 1-1 menentang skuad Sabah semasa aksi kedua suku akhir di Stadium Darul Aman tetapi mara ke separuh akhir dengan keputusan agregat 3-2.
Carlos Eduardo telah menjaringkan gol pertama buat skuad Helang Merah dengan menyempurnakan penalti pada minit ke-22. Skuad Sabah pula menjaringkan gol pada minit ke-59 melalui jarinagn Ummareng Bacok. Semoga skuad Kedah berjaya dalam perlawanan seterusnya dan berjaya menggapai Piala FA 2016.
Selangor Juara Piala Malaysia Cuti Umum 14 Disember 2015
Selangor juara Piala Malaysia cuti umum 14 Disember 2015 yang telah pun mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
Cuti umum pada hari Isnin ini diberikan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para penyokong pasukan Gergasi Merah. Pasukan bola sepak telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negeri Selangor.
Kemarau panjang selama 10 tahun telah ditamatkan oleh pasukan bola sepak Selangor apabila berjaya mengalahkan pasukan Kedah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Tambahan pula, misi 33 telah berjaya disempurnakan di mana kerajaan negeri telah mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor.
Selangor juara Piala Malaysia cuti umum 14 Disember 2015 di mana kedua-dua pasukan Selangor dan Kedah telah mempamerkan permainan yang baik dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Kerajaan negeri Selangor juga menghargai sokongan yang bagus daripada penyokong Gergasi Merah dan Helang Merah yang telah memenuhkan Stadium Shah Alam dengan penuh semangat yang tinggi.
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Premier Malaysia 2015
Jadual perlawanan bola sepak yang lengkap untuk Liga Premier 2015 di negara Malaysia telah pun diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Liga Premier Malaysia 2015 bakal mempunyai 12 pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim II, DRB-Hicom, Kedah, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur SPA, Kuantan FA, Negeri Sembilan, PBDKT T-Team, PKNS, Pulau Pinang, Sabah dan UiTM.
Jadual-jadual dibawah ini adalah terdiri daripada jadual Liga Premier 2015 untuk pusingan pertama dan juga jadual Liga Premier 2015 untuk pusingan kedua.
Jadual pertandingan tersebut telah pun dinyatakan tarikh perlawanan, pasukan yang akan berlawan, masa, tempat dan warna jersi pasukan tuan rumah.
p/s : Klik jadual tersebut untuk besarkan gambar
Jadual Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2015
Jadual perlawanan bola sepak yang lengkap untuk Liga Super 2015 di negara Malaysia telah pun diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Liga Super Malaysia 2015 bakal mempunyai 12 pasukan iaitu Johor Darul Ta'zim, Selangor, Pahang, Terengganu, KL Sime Darby, Kelantan, Sarawak, Singapore Lions XII FC, Perak, ATM, PDRM dan KL Felda United FC.
Jadual-jadual di bawah ini adalah terdiri daripada jadual perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015, jadual Liga Super 2015 untuk pusingan pertama dan juga jadual Liga Super 2015 untuk pusingan kedua.
Jadual pertandingan tersebut telah pun dinyatakan tarikh perlawanan, pasukan yang akan berlawan, masa, tempat dan warna jersi pasukan tuan rumah.
p/s : Klik jadual tersebut untuk besarkan gambar
Jadual Lengkap Undian Bola Sepak Piala FA 2015
Jadual Lengkap Undian Piala FA 2015 telah pun diadakan sebelum ini. Beberapa perlawanan yang menarik bakal terjadi pada pusingan pertama bermula Februari 2015 contohnya seperti perlawanan di antara Pahang dengan JDT.
FAM telah menetapkan format pertandingan yang baru dengan juara dan naib juara juga mesti bersaing dalam pusingan pertama.
Format kalah mati masih lagi dikekalkan bagi pusingan awal kejohanan dan aksi timbal balik akan berlaku pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.
Keputusan penuh undian Piala FA 2015:
Pahang lwn JDT
Pulau Pinang Sungai Ara FC lwn MISC-MIFA
Negeri Sembilan lwn UiTM FC
Penang lwn Perlis
PBAPP FC lwn Sime Darby FC
PDRM FA lwn Sabah
Sarawak lwn Kelantan
MOF FC lwn Harimau Muda C/Kuala Lumpur
FUFC lwn Selangor
Melaka United FC lwn Terengganu
Shahzan Muda lwn Perak
T-Team lwn ATM
Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah lwn Lions XII
SPA Putrajaya FC lwn Kuantan FA
Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) lwn Kedah
JDT II lwn DRB-Hicom FC/Selangor PKNS FC
Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014
Jerman ke perlawanan akhir Piala Dunia untuk kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir.
Jerman mendahului 5-0 pada babak pertama dan menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0. Brazil mendapat gol saguhati melalui Oscar.
Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing menjaringkan dua gol dan tiga lagi gol dijaringkan menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.
Jerman menunggu keputusan di antara Argentina atau Belanda yang beraksi pada satu lagi separuh akhir.
Pasukan Bola Sepak Algeria Menderma Untuk Gaza Palestin
Pasukan Bola Sepak Algeria menderma untuk Gaza Palestin seperti mana yang didedahkan oleh penyerang pasukan bola sepak Algeria iaitu Islam Slimani. Imbuhan tersebut diperolehi daripada kejohanan Piala Dunia Fifa 2014 yang disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Algeria memainkan peranan penting dalam Piala Dunia Fifa 2014 apabila bersaing hebat dengan Jerman ke masa tambahan sebelum Jerman berjaya menewaskan Algeria.
Ianya kali pertama mereka layak ke pusingan kalah mati selepas tiga kali kemunculan di Piala Dunia.
Rakyat di Gaza lebih memerlukan daripada pasukan bola sepak Algeria dan kepulangan mereka disambut sebagai hero.
Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA
Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA menyaksikan tempoh rehat ‘cooling break’ disebabkan cuaca terlalu panas di Fortaleza semasa perlawanan antara Belanda dengan Mexico.
Penonton juga terpaksa berlindung di stadium bagi mengelakkan cuaca yang panas.
Pengadil Pedro Proenca memberhentikan perlawanan selama tiga minit bagi menyejukkan badan semasa suhu melebihi 32 darjah celcius.
Cooling Break Pertama Bola Sepak Piala Dunia FIFA dilaksanakan Pedro menggunakan peraturan baru Fifa bagi membenarkan pemain berehat sebentar.
Pada minit ke-75 semasa suhu 39 darjah celcius sekali lagi Pedro mengarahkan ‘cooling break’.
Bola Sepak Kelantan Ditaja RM 1 Juta Iklan Visit Malaysia
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah pun menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan nilai RM1 juta untuk iklan 'Visit Malaysia' pada jersi.
Sukan bola sepak negara memang berpotensi membantu sektor pelancongan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.
The Red Warriors dipilih kerana mereka salah satu pasukan terbaik dalam setiap perlawanan yang bertahan dalam arena bola sepak negara.
Mereka dapat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 apabila bermain di luar negara yang dapat dilihat oleh penonton di stadium atau di televisyen.
Logo Baru Pasukan Bola Sepak Kedah
Persatuan Bola Sepak Kedah telah melakukan transformasi terhadap pasukan bola sepak dengan menukarkan logo yang baru.
Presidennya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah mengulas berkenaan isu logo dengan menyatakan ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.
Majlis Pelancaran Pasukan Liga Premier dan Piala Presiden Kedah 2014 telah dilaksanakan di pekarangan Stadium Darul Aman.
Logo baru tersebut mempunyai latar belakang helang dengan gelaran Lang Merah.
Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Brazil
Di bawah ini dilampirkan Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Brazil. Semoga Piala Dunia yang berlangsung pada tahun 2014 akan menampilkan perlawanan bola sepak yang menarik di Brazil nanti.
Perlawanan Bola Sepak Harimau Muda A vs FC Ryukyu 3-1
Skuad Harimau Muda A menjaringkan tiga gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun iaitu FC Ryukyu melalui aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Pada babak pertama gol FC Ryukyu dijaringkan oleh Takahashi Shunta. Jaringan skuad negara dilakukan pada babak kedua melalui penyerang A Thamil Arasu dan dua jaringan daripada Rozaimi Abd Rahman.
Azraai Khor Berpisah Dengan Pasukan Perak
Mohd Azraai Khor Abdullah telah menyatakan bahawa khidmatnya bersama skuad Perak telah tamat setelah pertemuan yang diadakan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak iaitu Khairul Azwan Harun.
Kedua-dua pihak bersetuju secara bersama bagi menamatkan kontrak.
Real Madrid Kalahkan Valencia 5-0
Real Madrid menang besar dengan Valencia 5-0 di tempat lawan dalam saingan La Liga yang berlangsung di Stadium de Mestalla, Valencia.
Kesemua lima gol dijaringkan pada separuh masa pertama.
Gonzalo Higuan membuka gol pertama melalui hantaran dari Angel Di Maria pada minit kesembilan.
Angel Di Maria menjaringkan gol kedua pada minit ke-34 hasil hantaran dari penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo.
Selang dua minit, Ronaldo menambah jaringan ketiga dan menyumbatkan gol keempat buat Madrid pada minit ke-41.
Gol kelima telah disempurnakan oleh Angel Di Maria Maria pada minit ke-45.
Chelsea Belasah Aston Villa 8-0 di Stamford Bridge
Chelsea akan berada pada tangga pertama dalam Liga Perdana Inggeris pada Krismas selepas membelasah Aston Villa 8-0 di Stadium Stamford Bridge.
Fernando Torres menjaringkan gola pertama melalui tandukan. Gol kedua melalui sepakan percuma yang menakjubkan oleh David Luiz dan tandukan Branislav Ivanovic untuk gola ketiga pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Frank Lampard menjaringkan gol keempat dari jarak jauh dan kemudian Ramires menjaringkan gol kelima.
Oscar menjaringkan gol keenam pada minit ke 79 dan Eden Hazard menambah jaringan menjadi tujuh. Akhir sekali, Ramires menjaringkan gol terakhir menjadi lapan pada masa kecederaan.
Fernando Torres menjaringkan gola pertama melalui tandukan. Gol kedua melalui sepakan percuma yang menakjubkan oleh David Luiz dan tandukan Branislav Ivanovic untuk gola ketiga pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Frank Lampard menjaringkan gol keempat dari jarak jauh dan kemudian Ramires menjaringkan gol kelima.
Oscar menjaringkan gol keenam pada minit ke 79 dan Eden Hazard menambah jaringan menjadi tujuh. Akhir sekali, Ramires menjaringkan gol terakhir menjadi lapan pada masa kecederaan.
Artikel Hangat Terkini :




-tile.jpg)

.jpg)



.jpg)



