Showing posts with label Jurulatih Perak. Show all posts
Showing posts with label Jurulatih Perak. Show all posts

Azraai Khor Berpisah Dengan Pasukan Perak

Leave a Comment
Azraai Khor Berpisah Dengan Pasukan Perak
Mohd Azraai Khor Abdullah telah menyatakan bahawa khidmatnya bersama skuad Perak telah tamat setelah  pertemuan yang diadakan bersama Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak iaitu Khairul Azwan Harun.

Kedua-dua pihak bersetuju secara bersama bagi menamatkan kontrak.
Read More

Kedai Makan Azraai Khor Jurulatih Perak Dipecah Masuk

Leave a Comment
Kedai Makan Azraai Khor Jurulatih Perak Dipecah Masuk

Tiga premis perniagaan termasuk kedai makan jurulatih bola sepak negeri Perak  iaitu Mohd. Azraai Khor Abdullah bersama isterinya, Rohani Ibrahim di Bazar Wakaf Rakyat di Jalan Tun Razak di sini dipecah masuk pencuri.

Ianya berlaku awal pagi kira-kira pukul 7 pagi di mana tiga premis perniagaan ialah dua kedai makan dan sebuah kedai menjual produk makanan.

Rohani mengusahakan kedai makan Azraai Tom Yam mendapat tahu daripada tukang masaknya yang mendapati kesan umpil pada pintu kedai selepas diberitahu peniaga nasi lemak di situ.

Terdapat kesan geledah termasuk di dalam laci almari dan mesin wang.

Kesemua wang siling sekitar RM30 yang ditinggalkan di dalam kedai lesap.
Read More

Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013

Leave a Comment

Azraai Khor Abdullah Sah Jurulatih Perak Musim 2013

Bekas Jurulatih Negeri Sembilan iaitu Azraai Khor Abdullah kini sah akan membimbing pasukan Perak bagi musim 2013.

Ianya telah disahkan sendiri oleh Pengurus Pasukan Perak iaitu Khairul Azwan Harun.

Bagi musim 2013, Azraai akan dibantu oleh Penolong Jurulatih 1, Choong Yee Fatt dan bekas pemain Perak, Syamsol Saad yang dilantik Penolong Jurulatih 2.
Read More