Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Bas Terjunam ke Dalam Gaung di Ipoh

Leave a Comment
Bas Terjunam ke Dalam Gaung di Ipoh

Berita terbaru yang diketahui bahawa bas terjunam ke dalam gaung di Ipoh di mana 25 penumpang termasuk pemandu terselamat dalam kejadian tersebut.

Bas persiaran yang dinaiki telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung lebih kurang 10 meter di Kilometer 349.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ke arah utara yang berdekatan dengan Hentian Sebelah Ladang Bikam.

Kejadian ini berlaku lebih kurang pukul 1 pagi di mana hanya dua orang penumpang yang cedera ringan mengikut apa yang dikatakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.

25 penumpang termasuk dua orang kanak-kanak dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Hatyai, Thailand. Pihak bomba mendapat panggilan pada pukul 1.26 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Bas terjunam ke dalam gaung di Ipoh di mana semua penumpang bas berjaya keluar dari bas dan menyelamatkan diri. Operasi oleh pihak bomba telah selesai pada pukul 2.20 pagi.
Read More

Selangor Juara Piala Malaysia Cuti Umum 14 Disember 2015

Leave a Comment
Selangor Juara Piala Malaysia Cuti Umum 14 Disember 2015

Selangor juara Piala Malaysia cuti umum 14 Disember 2015 yang telah pun mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.

Cuti umum pada hari Isnin ini diberikan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para penyokong pasukan Gergasi Merah. Pasukan bola sepak telah mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak negeri Selangor.

Kemarau panjang selama 10 tahun telah ditamatkan oleh pasukan bola sepak Selangor apabila berjaya mengalahkan pasukan Kedah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

Tambahan pula, misi 33 telah berjaya disempurnakan di mana kerajaan negeri telah mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor. 

Selangor juara Piala Malaysia cuti umum 14 Disember 2015 di mana kedua-dua pasukan Selangor dan Kedah telah mempamerkan permainan yang baik dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Kerajaan negeri Selangor juga menghargai sokongan yang bagus daripada penyokong Gergasi Merah dan Helang Merah yang telah memenuhkan Stadium Shah Alam dengan penuh semangat yang tinggi.
Read More

Gerai Up Town Shah Alam Selangor Terbakar

Leave a Comment
Gerai Up Town Shah Alam Selangor Terbakar

Kejadian kebakaran yang baru sahaja berlaku pagi tadi yang melibatkan sebanyak 196 gerai musnah terbakar daripada 425 gerai di Up Town Shah Alam akibat litar pintas.

Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.57 pagi dan sampai ke tempat kejadian lima minit kemudian. Tiga pasukan bomba telah pun digerakkan bagi membantu untuk memadamkan kebakaran daripada merebak dengan lebih luas.

Pihak bomba juga memaklumkan bahawa ketika ini tiada berlaku tragedi kehilangan jiwa dan 40 peratus daripada kawasan perniagaan musnah terbakar.
Read More

Kebakaran Bengkel Kereta di Selayang Selangor

Leave a Comment
Kebakaran Bengkel Kereta di Selayang Selangor

Sebanyak 77 kereta terbakar teruk manakala 25 lagi kereta telah berjaya diselamatkan selepas sebuah bengkel di Batu 8, Selayang mengalami kebakaran yang teruk.

Empat unit kedai termasuk bengkel tersebut terbakar lebih kurang jam 8 malam dan bomba tiba sejurus mendapat panggilan kecemasan.

Kebakaran dapat dikawal oleh bomba lebih kurang sejam kemudian di mana melibatkan 12 pegawai dan anggota daripada dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Gombak.
Read More

Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013

1 comment
Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013

Majlis Perbandaran Kajang bakal menganjurkan Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang selama empat hari bermula 19 Disember hingga 22 Disember 2013 di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ianya sebagai mempromosikan sate sebagai makanan warisan Negeri Selangor.

Kemungkinan 10 peniaga sate di bandar ini akan dijemput bagi memberi peluang kepada peniaga berniaga dan memperkenalkan sate yang dijual.

Aktiviti lain yang turut dilaksanakan pada semua peringkat umur seperti paintball, futsal, memancing, menghias kek dan lain-lain. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis, Upin & Ipin dan Boboiboy.
Read More

Selangor Cuti Umum 6 Mei 2013

Leave a Comment
Selangor Cuti Umum 6 Mei 2013

Kerajaan Selangor telah mengumumkan hari Isnin, 6 Mei 2013 sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan semua rakyat di Selangor yang pulang mengundi di kampung pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
   
Pemberian hari kelepasan itu selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9, yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am.
Read More

ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor Mara Separuh Akhir Piala Malaysia

Leave a Comment
ATM, Kelantan, Lions XII dan Selangor Mara Separuh Akhir Piala Malaysia

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan bertemu Lions XII sementara Kelantan menentang Selangor pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang akan berlangsung Jumaat ini.
Read More