Berita terbaru yang diketahui bahawa bas terjunam ke dalam gaung di Ipoh di mana 25 penumpang termasuk pemandu terselamat dalam kejadian tersebut.
Bas persiaran yang dinaiki telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung lebih kurang 10 meter di Kilometer 349.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) ke arah utara yang berdekatan dengan Hentian Sebelah Ladang Bikam.
Kejadian ini berlaku lebih kurang pukul 1 pagi di mana hanya dua orang penumpang yang cedera ringan mengikut apa yang dikatakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Bidor.
25 penumpang termasuk dua orang kanak-kanak dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Hatyai, Thailand. Pihak bomba mendapat panggilan pada pukul 1.26 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Bas terjunam ke dalam gaung di Ipoh di mana semua penumpang bas berjaya keluar dari bas dan menyelamatkan diri. Operasi oleh pihak bomba telah selesai pada pukul 2.20 pagi.
0 comments:
Post a Comment