Showing posts with label Kebakaran. Show all posts
Showing posts with label Kebakaran. Show all posts

Asrama Sekolah Menengah Agama Padang Kerasak Naka Kedah Terbakar

Leave a Comment
Asrama Sekolah Menengah Agama Padang Kerasak Naka Kedah Terbakar

Berita yang diketahui petang tadi di mana asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar. Lebih kurang 170 pelajar yang terlibat telah melarikan diri apabila dua blok bangunan asrama yang juga mempunyai surau telah terbakar lebih kurang pukul 5 petang.

Tambahan pula, semasa kejadian semua pelajar dan para guru Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Al-Islamiah baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau yang berada di tingkat atas bangunan.

120 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan serta para guru sempat menyelamatkan diri. Pengetua sekolah dikenali sebagai Mohd Sidek Junus memaklumkan bahawa seorang pelajar telah menyedari kebakaran tersebut semasa turun ke bawah.

Asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar di mana semua yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar diarahkan untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kerugian dianggarkan mencecah jumlah RM 1 juta.

Pihak bomba menerima panggilan tentang kebakaran ini pada pukul 5.17 petang dan telah tiba 14 minit kemudian. Pihak bomba telah berjaya memdamkan kebakaran tersebut pada pukul 6.53 petang. Punca kebakaran masih lagi disiasat dan akan dimaklumkan kepada semua apabila siasatan sudah selesai dilakukan oleh pihak berwajib.
Read More

Kebakaran Bengkel Kereta di Selayang Selangor

Leave a Comment
Kebakaran Bengkel Kereta di Selayang Selangor

Sebanyak 77 kereta terbakar teruk manakala 25 lagi kereta telah berjaya diselamatkan selepas sebuah bengkel di Batu 8, Selayang mengalami kebakaran yang teruk.

Empat unit kedai termasuk bengkel tersebut terbakar lebih kurang jam 8 malam dan bomba tiba sejurus mendapat panggilan kecemasan.

Kebakaran dapat dikawal oleh bomba lebih kurang sejam kemudian di mana melibatkan 12 pegawai dan anggota daripada dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Gombak.
Read More

14 Kedai Hangus di Pendang

Leave a Comment
14 Kedai Hangus di Pendang
Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja, Pendang hangus dalam kebakaran.
   
Tiada kecederaan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi.
   
Bomba tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi.
   
13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi.
   
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.
Read More