Showing posts with label Surau. Show all posts
Showing posts with label Surau. Show all posts

Asrama Sekolah Menengah Agama Padang Kerasak Naka Kedah Terbakar

Leave a Comment
Asrama Sekolah Menengah Agama Padang Kerasak Naka Kedah Terbakar

Berita yang diketahui petang tadi di mana asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar. Lebih kurang 170 pelajar yang terlibat telah melarikan diri apabila dua blok bangunan asrama yang juga mempunyai surau telah terbakar lebih kurang pukul 5 petang.

Tambahan pula, semasa kejadian semua pelajar dan para guru Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Al-Islamiah baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau yang berada di tingkat atas bangunan.

120 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan serta para guru sempat menyelamatkan diri. Pengetua sekolah dikenali sebagai Mohd Sidek Junus memaklumkan bahawa seorang pelajar telah menyedari kebakaran tersebut semasa turun ke bawah.

Asrama sekolah menengah agama Padang Kerasak Naka Kedah terbakar di mana semua yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar diarahkan untuk menyelamatkan diri masing-masing. Kerugian dianggarkan mencecah jumlah RM 1 juta.

Pihak bomba menerima panggilan tentang kebakaran ini pada pukul 5.17 petang dan telah tiba 14 minit kemudian. Pihak bomba telah berjaya memdamkan kebakaran tersebut pada pukul 6.53 petang. Punca kebakaran masih lagi disiasat dan akan dimaklumkan kepada semua apabila siasatan sudah selesai dilakukan oleh pihak berwajib.
Read More

Surau Kontroversi Kampung Sedili Besar Dirobohkan

Leave a Comment
Surau Kontroversi Kampung Sedili Besar Dirobohkan

Sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar yang mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan telah pun dirobohkan.

Surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.

Kerja-kerja meroboh dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan. Ia dituruti kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik.
Read More