Showing posts with label Piala Dunia 2014. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia 2014. Show all posts

Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Leave a Comment
Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Heine Allemagne datang daripada keluarga yang miskin dan mengalami muflis yang telah mendapat semangat yang baru untuk menjadi jutawan setelah semburan ajaib yang digunakan oleh pengadil semasa Piala Dunia 2014 mendapat reaksi positif dari seluruh dunia.

Semburan buih akan hilang selepas 60 saat dijangka bakal digunakan di seluruh dunia dan mendapat pertimbangan daripada Liga Perdana Inggeris.

Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Heine terharu ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 di Sao Paulo.

Beliau mengambil masa selama 14 tahun untuk menghasilkan idea ini dan beliau mula menerima mesej dari keluarga dan rakan-rakan selepas pengadil menggunakannya.

Heine Allemagne Pencipta Semburan Ajaib Piala Dunia 2014 Bakal Jutawan

Heine Allemagne bersedia menjadi jutawan jika semburan ajaib tersebut digunakan di seluruh dunia.
Read More

Nicola Rizzoli Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Nicola Rizzoli Pengadil Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014

Nicola Rizzoli yang merupakan pengadil daripada Itali telah pun dipilih bagi mengadili perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di antara Jerman dan Argentina.

Ramai pihak yang telah menjangkakan bahawa pengadil dari Asia ataupun Afrika bakal dipilih bagi mengadili perlawanan tersebut keranaianya merupakan aksi final melibatkan pasukan dari benua Eropah dan Amerika Selatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Fifa iaitu Jim Boyce telah menyatakan bahawa Nicola Rizzoli merupakan pengadil terbaik bagi perlawanan akhir ini.
Read More

Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Jerman Belasah Brazil 7-1 Separuh Akhir Piala Dunia 2014

Jerman ke perlawanan akhir Piala Dunia untuk kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir.

Jerman mendahului 5-0 pada babak pertama dan menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0. Brazil mendapat gol saguhati melalui Oscar.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing menjaringkan dua gol dan tiga lagi gol dijaringkan menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman menunggu keputusan di antara Argentina atau Belanda yang beraksi pada satu lagi separuh akhir.
Read More

Algeria Cipta Sejarah Afrika di Piala Dunia 2014

Leave a Comment
Algeria Cipta Sejarah Afrika di Piala Dunia 2014

Algeria mempunyai peluang yang cerah bagi melangkah ke pusingan kedua malahan mereka telah pun mencipta rekod iaitu menjadi pasukan pertama dari Afrika telah menjaringkan empat gol dalam sejarah Piala Dunia.

Algeria telah mengalahkan Korea Selatan 4-2 menerusi aksi kedua Kumpulan H.

Gol-gol telah dijaringkan oleh Islam Slimani, Rafik Halliche, Abdelmoumene Djabou dan Yacine Brahimi.

Mereka kini berada di tangga kedua di belakang Belgium dengan tiga mata. Algeria mesti memenangi perlawanan ketiga apabila berdepan Rusia untuk memudahkan laluan ke peringkat 16 kalah mati.
Read More

Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Brazil

Leave a Comment
Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Brazil

Di bawah ini dilampirkan Jadual Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2014 Brazil. Semoga Piala Dunia yang berlangsung pada tahun 2014 akan menampilkan perlawanan bola sepak yang menarik di Brazil nanti.

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Brazil

Read More