
Skuad Harimau Muda A menjaringkan tiga gol pada babak kedua untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun iaitu FC Ryukyu melalui aksi persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Pada babak pertama gol FC Ryukyu dijaringkan oleh Takahashi Shunta. Jaringan skuad negara dilakukan pada babak kedua melalui penyerang A Thamil Arasu dan dua jaringan daripada Rozaimi Abd Rahman.
...