26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah

26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah

Seorang lelaki yang bersenjata telah melepaskan tembakan rambang dan membunuh 20 orang kanak-kanak dan enam orang dewasa di sebuah sekolah sekali gus menjadi antara insiden tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat. Mangsa-mangsa berusia antara 5 hingga 10 tahun.

Jurucakap Polis Negeri Connecticut, Leftenan Paul Vance memberitahu seramai 18 orang murid ditembak mati di Sekolah Rendah Sandy Hook dan dua orang lagi mangsa meninggal di hospital akibat cedera parah. Guru besar sekolah itu iaitu Dawn Lafferty Hochsprun turut terbunuh.

Suspek dikatakan membunuh ibunya di rumah mereka sebelum melakukan serangan. Pembunuh yang dikenal pasti sebagai Adam Lanza, 20, kemudian membunuh diri.

Artikel Hangat Terkini :

0 Komentar untuk "26 Terbunuh di Amerika Syarikat Akibat Tembakan Rambang di Sekolah"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top