Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Banjir Kilat di Changlun Jitra kedah

Leave a Comment
Kawasan-kawasan rendah yang berada di Changlun telah pun dilanda banjir kilat pada petang tadi akibat hujan lebat yang terjadi dalam tempoh dua jam. Ianya bermula pukul 4.30 petang dan kembali pulih lebih kurang pukul 7.00 malam. Kawasan-kawasan yang mengalami banjir ialah Kampung Lembah Keriang, Kampung Darat, Kampung Batas Jenalik dan perumahan kakitangan Universiti Utara Malaysia. Laluan lebuh raya di Kilometer 13.3 dan 16...
Read More

Banjir Melanda 13 Kampung di Daerah Baling Kedah

Leave a Comment
Daerah Baling telah mengalami banjir kilat apabila dinaiki air sedalam satu meter. Ianya melibatkan 50 buah rumah di 13 kampung di sana. Kampung-kampung yang terlibat dengan banjir tersebut ialah Kampung Nering, Kampung Pantai Teh, Kampung Haji Abas, Kampung Sungai Batu, Kampung Seberang Pekan, Kampung Kuala Kuda, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Siput, Kampung Banggol Derum, Kampung Dusun Raja, Kampung Lahar.     Penduduk...
Read More

Banjir Kilat di Georgetown Pulau Pinang

2 comments
Hujan yang sangat lebat semalam daripada pukul 7 malam sehingga pukul 10 malam telah menyebabkan banyak kawasan di Georgetown telah dinaiki air. Kawasan-kawasan terlibat yang telah dinaiki air ialah Jalan P Ramlee, Jalan Perak, Jalan Hutton dan Jalan Bagan Jermal. Banjir yang berlaku dengan pantas ini telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Jalan Masjid Negeri, Jalan Scotland, Jalan Datuk Keramat dan Jalan P...
Read More

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Alami Banjir Kilat

1 comment
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah mengalami banjir kilat semalam apabila pekarangan kampus dinaiki air sedalam setengah meter. Keadaan tersebut mengakibatkan berpuluh-puluh kenderaan terkandas akibat banjir. Hujan lebat telah berlaku di kawasan kampus UIAM dan di kawasan sekitarnya lebih kurang sejam bermula pukul 3 hingga 4 petang. Air naik secara mendadak sehingga ke paras pinggang yang telah menenggelamkan puluhan...
Read More

Banjir di Beaufort dan Tenom Sabah

Leave a Comment
Lebih kurang 4000 mangsa banjir berada di 22 pusat pemindahan banjir di kawasan Beaufort dan Tenom. Kawasan Tenom mempunyai 2,549 orang terdiri daripada 500 keluarga berada di 17 pusat pemindahan banjir dan di Beaufort pula 1,963 orang daripada 613 keluarga berada di lima pusat pemindahan. Terdapat 29 kampung di daerah tersebut masih lagi banji...
Read More

Banjir Gelombang Kedua Melanda Terengganu

Leave a Comment
Banjir mulai melanda Terengganu buat kali kedua melibatkan 91 penduduk di Kampung Labohan, Kerteh telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Kampung penduduk tersebut telah dinaiki air apabila hujan lebat yang berterusan bermula jam 8 pagi sehingga jam 1 petang sama sekali telah menenggelamkan sebahagian rumah penduduk kampun...
Read More

Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir

Leave a Comment
Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir akan diagihkan selewat-lewatnya hujung minggu depan. Ianya akan dilakukan antara Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan terburuk yang terjadi di negara ini melibatkan ramai mangsa terpaksa dipindahka...
Read More

Pengantin Baru di Rantau Panjang Redah Banjir

Leave a Comment
Sepasang pengantin di Kampung Telaga Mas, Lubok Stol iaitu Mohd. Muslim Mohd. Zuki berumur 20 tahun dan Sauba Osman berumur 18 tahun terpaksa menyambut hari bahagia mereka dalam suasana banjir. Pengantin lelaki terpaksa meredah air untuk ke rumah pengantin perempuan. Air di kampung tersebut naik secara tiba-tiba yang menyebabkan majlis perkahwinan mereka terjejas dan dalam keadaan sedih. Mereka semua reda dengan ketentuan...
Read More

Penduduk Balik Pulau Terjejas Banjir

Leave a Comment
Lebih 600 penduduk terjejas akibat banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat dengan fenomena air laut pasang besar.     Keluarga terjejas dengan banjir kilat ditempatkan sementara di balai raya serta masjid dan boleh pulang ke rumah apabila air surut sepenuhnya.     Kampung yang terjejas dilengkapkan sistem saliran yang baik tetapi pertembungan air laut dan air hujan mengakibatkan air melimpah kelua...
Read More

Puchong Alami Banjir Kilat Terburuk

Leave a Comment
Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya. Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air dan surut kira-kira pukul 6 petang. Ianya pertama kali melanda sejak beberapa tahun lalu dan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan. ...
Read More

Bandar Kuantan Dilanda Banjir Kilat

3 comments
Hujan yang lebat berturut-turut selama tiga jam telah menyebabkan beberapa jalan utama terutama di pusat bandar Kuantan dinaiki air sedalam 1.5 meter. Jalan tersebut ialah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih dan Jalan Pasar. Ianya berlaku pada pukul 11 pagi semalam telah menyebabkan banyak kenderaan terkandas di jalan raya...
Read More