Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tarif Elektrik Turun 2.25 sen per kWj 1 Mac 2015

1 comment
Tarif Elektrik Turun 2.25 sen per kWj 1 Mac 2015

Perkara terbaru yang diketahui bahawa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah pun mengumumkan penurunan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj). Kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj. Ianya bakal berkuatkuasa dari 1 Mac hingga 30 Jun 2015 mengikut semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).

Pengurangan ini akan memberikan faedah kepada 32 peratus pengguna domestik, komersial dan industri yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 300 kWj sebulan.

Tambahan pula, pengurangan akan diperolehi di antara RM 13.50 sehingga RM 45.00 sebulan mengikut penggunaan elektrik sebulan. Mengikut perkara semasa, purata kadar tarif elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak 38.53 sen/kWj manakala di Sbah dan Labuan sebanyak 34.52 sen/kWj.

Sehubungan dengan itu, penurunan tarif tersebut bakal menjimatkan bil elektrik lebih kurang RM 371 juta setahun bagi pengguna domestik, komersial dan industri.

Walaupun begitu, pengguna domestik yang menggunakan elektrik 300 kWj dan ke bawah sebulan lebih kurang 68 peratus pengguna tidak terlibat dengan pengurangan ini.

Dua faktor yang terlibat iaitu kadar tarif bagi jaluran asas kekal pada 21.8 sen/kWj sejak 1997 dan kadar bagi penggunaan 201 hingga 300 kWj sebulan telah dikekalkan pada 33.3 sen/kWj sejak tahun 2009.
Read More

Banjir di Beaufort dan Tenom Sabah

Leave a Comment
Banjir di Beaufort dan Tenom Sabah

Lebih kurang 4000 mangsa banjir berada di 22 pusat pemindahan banjir di kawasan Beaufort dan Tenom.

Kawasan Tenom mempunyai 2,549 orang terdiri daripada 500 keluarga berada di 17 pusat pemindahan banjir dan di Beaufort pula 1,963 orang daripada 613 keluarga berada di lima pusat pemindahan.

Terdapat 29 kampung di daerah tersebut masih lagi banjir.
Read More

15 Anggota Polis Sabah Terbabit Ops Daulat Terima Pingat

Leave a Comment
15 Anggota Polis Sabah Terbabit Ops Daulat Terima Pingat

Sebanyak 15 anggota polis yang terbabit Ops Daulat menerima Pingat Kedaulatan Negara yang disampaikan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Musa Aman.

Pingat itu sebagai menghargai jasa mereka mempertahankan kedaulatan negara ketika pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Kerajaan negeri dan rakyat di Sabah amat berterima kasih serta menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Read More