Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Bermula 28 Januari 2016

Leave a Comment
Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 28 Januari 2016 dan ini merupakan berita yang gembira kepada rakyat Malaysia yang memohon BR1M. 

Pemberian BR1M 2016 untuk kategori isi rumah dan warga emas bakal diagihkan sebanyak empat peringkat dalam setahun. Ianya akan bermula pada 28 Januari, 28 April, 23 Jun dan 28 September.

Tambahan pula, kategori individu yang bujang berumur 21 tahun dan ke atas di mana mempunyai pendapatan tidak melebihi RM 2,000 bakal menerima bantuan RM 400 secara sekali gus bermula 28 Januari 2016.

Selain itu, pemberian BR1M ini diharapkan dapat digunakan oleh penerima untuk merancang perbelanjaan dengan baik terutamanya untuk membeli barang-barang keperluan dapur.

Pemberian BR1M 2016 dan Skim Khairat Kematian (SKK) yang diteruskan telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2016.

Isi rumah yang mempunyai pendapatan RM 3,000 ke bawah akan ditingkatkan BR1M daripada RM 950 kepada RM 1,000 manakala pula bagi isi rumah mempunyai pendapatan antara RM 3,001 sehingga RM 4,000 akan ditingkatkan BR1M daripada RM 750 sehingga RM 800.

Kategori baharu juga diperkenalkan iaitu semua penerima yang berada di dalam senarai e-Kasih yang mepunyai pendapatan bulanan di bawah RM 1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM 1,050.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula 28 Januari 2016 bakal dikreditkan terus ke dalam akaun penerima manakala yang tidak mengemukakan akaun bank jadi baucar akan diedarkan kepada penerima. Baucer tersebut boleh ditunaikan di mana-mana sahaja cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi Skim Khairat Kematian (SKK), bantuan sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada waris penerima BR1M di bawah kategori isi rumah dan warga emas.

Tuntutan SKK hanya boleh dibuat di mana-mana sahaja cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Dokumen kematian yang sah perlu dikemukakan dan kad pengenalan asal waris. Waris yang dinamakan di dalam borang sahaja yang layak untuk menuntut SKK. Penerima yang belum lagi mengemaskini maklumat waris boleh berbuat demikian di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Akhir sekali, pertanyaan-pertanyaan boleh dibuat melalui talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada br1m@treasury.gov.my dan pihak yang berkenaan akan membantu berkaitan BR1M dan SKK.
Read More

Pembayaran BR1M Bermula 15 Januari 2015

Leave a Comment
Pembayaran BR1M Bermula 15 Januari 2015

Keadaan banjir yang berlaku pada sekarang ini telah menyebabkan kerajaan bertindak untuk mencepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilakukan pada 15 Januari 2015.

Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dan keutamaan akan diberikan kepada penerima dari negeri-negeri yang telah dilanda banjir.

Kerajaan memahami akan kesulitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir dan akan bertindak secara aktif dalam membantu dengan cara memcepatkan pembayaran BR1M tersebut.

Kemaskni tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan Portal Rasmi BR1M iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my atau pun melalui cawangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Read More

Bantuan Rakyat 1 Malaysia dibayar Dua Peringkat

Leave a Comment
Bantuan Rakyat 1 Malaysia dibayar Dua Peringkat

Kerajaan bercadang melaksanakan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara dua peringkat bagi memastikan supaya penerima dapat menggunakannya secara berhemah.

Kerajaan bercadang tidak memberikan bantuan itu secara tunai tetapi terus didebitkan ke dalam akaun penerima.

Jumlah yang mahu diberikan tidak boleh dimaklumkan lagi tetapi apa yang pasti lebih RM500.
Read More

Kerajaan Naikkan BR1M Tahun 2014

Leave a Comment
Kerajaan Naikkan BR1M Tahun 2014
Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan seperti dimaklumkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di mana perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014 pada Oktober ini. 

Kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial dan dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang.
Read More