Saya memang tabik spring dengan seorang pakcik yang bernama Nordin ini yang berumur 50 tahun mencabar diri sendiri untuk mengambil peperiksaan PMR. Pakcik Nordin ni mengulang kaji pelajaran dengan bantuan anak lelaki berusia 12 tahun dan baru selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Beliau berasa gementar tetapi beliau tabahkan hati untuk ke pusat peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara.
Pakcik Nordin bersama seorang lagi rakan berusia 40-an mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.
Pakcik ini yang bekerja sebagai tukang kebun berkata bahawa usia bukan penghalang untuknya menduduki PMR sebaliknya perlu dijadikan contoh kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh.
Beliau menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu dan mendaftar untuk menduduki PMR pada Februari lalu dengan yuran RM85.
0 comments:
Post a Comment