Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan


Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan


Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang.

Kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.
   
Lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
   
Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang.

0 Komentar untuk "Porsche Panamera RM900,000 Dilarikan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top