Tabung Haji Umum Bonus 6 Peratus dan Bonus Haji 2 Peratus

Leave a Comment
Tabung Haji Umum Bonus 6 Peratus dan Bonus Haji 2 Peratus

Lembaga Tabung Haji (TH) telah pun mengumumkan bonus enam peratus bersama dengan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Bonus yang mempunyai tiga mata lebih tinggi daripada kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan Konvensional.

Tabung Haji mempunyai prestasi yang baik dari segi kewangan dan bonus haji yang diberikan untuk menjaga kebajikan para pendeposit.
Read More

Dividen 2.6 Sen Seunit Amanah Saham Bank Simpanan Nasional

Leave a Comment
Dividen 2.6 Sen Seunit Amanah Saham Bank Simpanan Nasional

Permodalan BSN Berhad selaku anak syarikat Bank Simpanan Nasional telah mengumumkan dividen 2.6 sen bagi setiap unit Amanah Saham Bank Simpanan Nasional bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.  

Ianya sebanyak RM7.1 juta merangkumi kesemua jumlah pembayaran dan pemegang unit sehingga 31 Disember 2013 akan mendapat dividen tersebut.
Read More

Tarikh Akhir Permohonan BR1M 31 Januari 2014

Leave a Comment
Tarikh Akhir Permohonan BR1M 31 Januari 2014

Kerajaan tidak akan melanjutkan lagi tempoh permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia iaitu BR1M yang berakhir 31 Januari 2014. 

Semua pemohon yang layak mestilah dengan cepat untuk membuat permohanan sebelum atau pada tarikh berkenaan.

Bagi pemohon-pemohon lama, mereka mestilah mengemaskini maklumat yang terkini bagi memudahkan proses pembayaran nanti.
Read More

Plaza Tol Bukit Gambir Johor Dibuka

Leave a Comment
Plaza Tol Bukit Gambir Johor Dibuka

Plaza Tol Bukit Gambir di Johor telah pun dibuka dengan rasmi bagi laluan ke Lebuh Raya Utara Selatan atau PLUS.

Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir ini telah dibina pada Ogos 2010 dengan kos RM113 juta selepas Plaza Tol Tangkak dibina.

Kadar bayaran dari Plaza Tol Tangkak dan keluar di Tol Bukit Gambir sebanyak RM1.80 bagi kereta, RM2.80 bagi lori kecil, RM0.90 untuk teksi dan RM1.40 untuk bas.

Tol Pagoh ke Bukit Gambir iaitu bayaran untuk kereta sebanyak RM2.20, RM3.40 untuk lori kecil serta RM1.10 untuk teksi dan bas.
Read More

Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 25 Januari 2014

Leave a Comment
Keputusan Perlawanan Liga Super Malaysia 25 Januari 2014

Beberapa perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia 2014 telah pun berlangsung pada 25 Januari 2014. Terdapat kejutan pada beberapa perlawanan dengan pasukan pilihan telah kalah dengan pasukan bukan pilihan. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut di bawah:  

Lions XII       2   Selangor            1

Sarawak         0   Kelantan            1

Perak           1   Terengganu          0

T-Team          1   Johor Darul Ta'zim  0
    
Sime Darby FC   1   Pahang              0
Read More

Li Na Juara Tenis Terbuka Australia 2014

Leave a Comment
Li Na Juara Tenis Terbuka Australia 2014

Pemain tenis dari China iaitu Li Na telah menewaskan Dominika Cibulkova 7-6, 6-0 pada final di Rod Laver Arena dalam kejohanan Terbuka Australia.

Li Na pernah pernah beraksi pada final Terbuka Australia edisi 2011 dan 2013 tetapi tewas dalam kedua-duanya telah berjaya menambah koleksi Grand Slam peribadinya.
Read More

Pemeriksaan Kenderaan Percuma PUSPAKOM Sempena Tahun Baru Cina

Leave a Comment
Pemeriksaan Kenderaan Percuma PUSPAKOM Sempena Tahun Baru Cina

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau lebih dikenali sebagai PUSPAKOM telah melakukan satu inisiatif yang berguna kepada pengguna jalan raya dengan menawarkan pemeriksaan percuma sehingga 30 Januari 2014 yang melibatkan kenderaan persendirian. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan pemandu dan penumpang dalam keadaan selamat.

Pemeriksaan percuma adalah satu tanggungjawab korporat syarikat supaya orang ramai sedar betapa pentingnya tentang keselamatan kenderaan yang dinaiki. Ianya dilakukan bagi memastikan perjalanan orang ramai untuk pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina terjamin.
Read More

Kebakaran Bengkel Kereta di Selayang Selangor

Leave a Comment
Kebakaran Bengkel Kereta di Selayang Selangor

Sebanyak 77 kereta terbakar teruk manakala 25 lagi kereta telah berjaya diselamatkan selepas sebuah bengkel di Batu 8, Selayang mengalami kebakaran yang teruk.

Empat unit kedai termasuk bengkel tersebut terbakar lebih kurang jam 8 malam dan bomba tiba sejurus mendapat panggilan kecemasan.

Kebakaran dapat dikawal oleh bomba lebih kurang sejam kemudian di mana melibatkan 12 pegawai dan anggota daripada dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Gombak.
Read More

Ustaz Don dan Husna Timang Cahaya Mata

1 comment
Ustaz Don dan Husna Timang Cahaya Mata

Ustaz Don Daniyal Don Bijayid telah pun bergelar seorang bapa.

Berita tersebut dikongsikan Don Daniyal atau Ustaz Don melalaui laman sosial Facebook.

Bayi selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

Bayi tersebut dilahirkan di Mesir kerana isteri Ustaz Don iaitu Husna masih belajar di sana.
Read More

Proton Suprima S Super Premium Sporty

Leave a Comment
Proton Suprima S Super Premium Sporty

Proton telah melancarkan Proton Suprima yang baru iaitu Suprima Super S Premium versi hatchback yang lebih sporty.

Suprima S Super Premium mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini dan juga mempunyai pemanduan lebih mantap.

Kereta ini lebih fokus kepada pelanggan yang berminat bagi memiliki reka bentuk yang lebih sporty.
Read More

Logo Baru Pasukan Bola Sepak Kedah

Leave a Comment
Logo Baru Pasukan Bola Sepak Kedah

Persatuan Bola Sepak Kedah telah melakukan transformasi terhadap pasukan bola sepak dengan menukarkan logo yang baru.

Presidennya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah mengulas berkenaan isu logo dengan menyatakan ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

Majlis Pelancaran Pasukan Liga Premier dan Piala Presiden Kedah 2014 telah dilaksanakan di pekarangan Stadium Darul Aman.

Logo baru tersebut mempunyai latar belakang helang dengan gelaran Lang Merah.
Read More

Peserta Cedera Bertanding Jinakkan Lembu Jantan

Leave a Comment
Peserta Cedera Bertanding Jinakkan Lembu Jantan

41 orang peserta telah cedera semasa bertanding untuk menjinakkan lembu jantan di Madurai, India.

Seramai tujuh peserta telah pun menerima rawatan di salah sebuah hospital kerajaan dan peserta lain diberikan rawatan sebagai pesakit luar.

Pertandingan tersebut mempunyai lebih kurang 530 ekor lembu jantan sempena festival Pongal.
Read More

Kedah Cuti Peristiwa Perayaan Thaipusam 17 Disember 2014

Leave a Comment
Kedah Cuti Peristiwa Perayaan Thaipusam 17 Disember 2014

Kerajaan Kedah telah mengumumkan 17 Januari 2014 sebagai cuti peristiwa sempena sambutan perayaan Thaipusam.

Menteri Besar telah berkata Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir ianya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Sultan Kedah.

Tahun depan dan seterusnya kerajaan negeri Kedah akan memohon supaya ianya menjadi hari cuti.
Read More

Perodua Alza Baru Tahun 2014

Leave a Comment
Perodua Alza Baru Tahun 2014

Perodua membuat perancangan bagi menjual 4300 unit sebulan model Alza yang baru.

Harga kereta bermula daripada RM52400 bagi edisi Standard (MT)dan Standard (AT) adalah pada RM55400.

Bagi Edisi SE ianya dijual pada harga RM56400 untuk MT dan RM59400 untuk AT.

Kereta Alza Advanced Version edisi automatik dijual pada harga RM64000.
Read More

20,647 Sushi Cipta Guinness World Records di Hong Kong

Leave a Comment
20,647 Sushi Cipta Guinness World Records di Hong Kong

20,647 sushi berjaya dibuat berbagai-bagai warna telah disusun untuk menghasilkan nombor sepuluh di sebuah pusat beli-belah Hong Kong sempena ulang tahun ke-10 kedai sushi.

Ruang seluas 37.16 meter persegi digunakan untuk menyusun sushi yang melibatkan pekerja kedai sushi.

Perkara tersebut merupakan rekod Guinness World Records bagi kategori bentuk sushi paling besar.

Makanan tersebut diedarkan secara percuma kepada orang ramai.
Read More

Pekerja Asing Dilarang Bekerja di Restoran Makanan Segera

Leave a Comment
Pekerja Asing Dilarang Bekerja di Restoran Makanan Segera

Kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan pekerja asing bekerja di restoran makanan segera. 

Ianya dikuatkuasakan disebabkan oleh ramai warga tempatan berminat untuk bekerja khususnya golongan muda, lepasan sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi sama ada secara tetap atau sementara. 

Golongan ini boleh mempelajari kemahiran memasak di restoran makanan segera yang tidak sukar berbanding restoran biasa.
Read More

Tushar Lakhanpal Ada 14,000 Batang Pensel

Leave a Comment
Tushar Lakhanpal Ada 14,000 Batang Pensel

Tushar Lakhanpal berasal dari India mempunyai lebih daripada 14,000 batang pensel dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Dia yang berumur 15 tahun mengumpul pensel dari 40 buah negara di seluruh dunia.

Tushar juga menyimpan dua batang pensel yang pernah menjadi milik Ratu Elizabeth II.

Tushar berhasrat untuk memecahkan rekod dunia pensel paling banyak yang dimiliki Emilio Arenas dari Uruguay.
Read More

Seekor Anak Lembu Berkepala Dua Lahir di Maghribi

Leave a Comment
Seekor Anak Lembu Berkepala Dua Lahir di Maghribi

Penduduk di Maghribi teruja mengetahui seekor anak lembu berkepala dua telah pun dilahirkan.

Anak lembu tersebut dinamakan sebagai Sana Saida yang bermaksud Selamat Tahun Baru.

Ianya menjadi perhatian ramai khususnya kepada penduduk kampung.
Read More

Sumbat 4 Ekor Lembu Curi Dalam Kereta

Leave a Comment
Sumbat 4 Ekor Lembu Curi Dalam Kereta

Dua lelaki kecewa selepas empat ekor lembu yang dicuri terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kereta rosak di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas.
    
Lembu-lembu ditemui pada jam 7 pagi lebih kurang 15km dari lokasi kandang itu dicuri di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
    
Lembu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang. Pemilik ternakan telah pun melaporkan kejadian di Balai Polis Lunas pada jam 5 pagi.
Read More

100000 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tahun 2014

Leave a Comment
100000 Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Tahun 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu SPA memaklumkan bahawa lebih kurang 100,000 jawatan kosong bagi tahun 2014 untuk diisi.

Sasaran pengisian jawatan sebanyak 80,000 penjawat awam kerana 70 peratus kekosongan dalam kumpulan sokongan.

SPA akan melakukan pelbagai aktiviti supaya orang ramai dapat menyertai perkhidmatan awam seperti melaksanakan seminar dan kursus panduan perkhidmatan awam pada Sabtu pertama setiap bulan secara percuma.

Permohonan jawatan kosong SPA boleh dibuat melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Read More

Misi Planet Marikh 2024 Libatkan 1085 Pelatih

Leave a Comment
Misi Planet Marikh 2024 Libatkan 1085 Pelatih

Seramai 1,085 daripada 200,000 pemohon terdiri daripada 140 negara terpilih untuk berlatih dalam misi tinggal di planet Marikh.

Ianya akan dikurangkan kepada 24 orang yang akan dihantar melalui enam pelancaran bermula 2024 yang diuruskan oleh organisasi Mars One. 

Perjalanan ke Planet Marikh sejauh 55 juta kilometer atau lebih kurang 6 bulan dari Bumi. 

Ciri-ciri yang diperlukan ialah bersemangat waja, mempunyai pertimbangan yang bagus, mempunyai pemikiran yang bijak, bebas daripada dadah dan penyakit serta boleh berbahasa Inggeris.
Read More

Bulan Akhir Tebus Rebat Touch n Go Jun 2014

Leave a Comment
Bulan Akhir Tebus Rebat Touch n Go Jun 2014

Pengguna Touch ‘n Go masih berpeluang menebus rebat sehingga tarikh akhir Jun 2014.

Ini disebabkan syarat penebusan rebat mesti dilakukan dalam tempoh enam bulan sebelum luput.

Perkara ini merupakan arahan tarikh akhir untuk menebus rebat Touch ‘n Go di mana kadar rebat sebanyak 20 peratus bagi penggunaan kemudahan tol 80 kali sebulan.
Read More

Pak Majid Berjalan Kaki Dari Kuala Lipis ke Kuantan

Leave a Comment
Pak Majid Berjalan Kaki Dari Kuala Lipis ke Kuantan

Pak Majid yang sebelum ini berjalan kaki dia atas kejayaan Pahang memenangi Piala Malaysia 2013 telah memulakan misi keduanya dengan berjalan kaki dari bandar Kuala Lipis ke Kuantan.

Pak Majid melakukan perkara ini bagi memberi sokongan kepada pasukan Pahang yang akan bertemu pasukan Lions XII bagi perlawanan Piala Sumbangsih 17 Januari 2014.

Ianya mengambil masa 17 hari dengan singgah bermalam di Benta, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan akhir sekali di Kuantan lebih kurang jarak 380 kilometer.
Read More

Gunung Sinabung Sumatera Indonesia Meletus

Leave a Comment
Gunung Sinabung Sumatera Indonesia Meletus

Ramai penduduk berpindah disebabkan Gunung Sinabung di Karo, Sumatera telah menghamburkan lahar panas.

Debu dan serpihan batu panas naik setinggi 7,000 meter ke udara.

Semua pihak dalam keadaan berjaga-jaga dan ramai penduduk meninggalkan rumah masing-masing.

Gunung Sinabung merupakangunung berapi yang aktif di Indonesia.
Read More