Showing posts with label Guinness World Records. Show all posts
Showing posts with label Guinness World Records. Show all posts

Bapa dan Anak Perempuan Miliki Lidah Paling Lebar di Dunia

4 comments
Bapa dan Anak Perempuan Miliki Lidah Paling Lebar di Dunia

Satu lagi rekod dunia dicipta baru-baru ini. Kali ini ianya melibatkan ahli keluarga di mana seorang bapa dan anak perempuan memiliki lidah terlebar di dunia sekaligus telah pun diiktiraf oleh Guinness World Records.

Bapa tersebut bernama Byron Schlenker yang berumur 47 tahun mempunyai lidah selebar 8.6 cm iaitu 2 cm lebih lebar berbanding dengan iPhone 6. Tambahan pula, anak perempuannya pula yang bernama Emily berumur 14 tahun mempunyai lidah selebar 7.3 cm juga turut mendapat pengiktirafan sebagai seorang wanita yang mempunyai lidah terlebar di dunia. Secara umumnya lidah normal manusia mempunyai ukuran di antara 4 cm sehingga 5 cm.

Byron menyedari bahawa dia mempunyai lidah terlebar setelah melihat satu salinan buku Guinness World Records semasa sedang membantu Emily untuk menyiapkan sebuah projek di sekolah. Buku tersebut juga menerangkan berkaitan rekod dunia yang dimiliki oleh seorang rakyat Australia yang mempunyai lidah terlebar sebanyak 7.9 cm.

Justeru, Byron mendapat idea untuk melakukan perkara yang sama disebabkan oleh kelebaran lidah yang dimiliki oleh dia dan anaknya. Usaha yang dilakukan oleh dia amat berbaloi setelah pihak Guinness World Records mengukur kelebaran lidah mereka berdua dan mendapat pengiktirafan tersebut.
Read More

20,647 Sushi Cipta Guinness World Records di Hong Kong

Leave a Comment
20,647 Sushi Cipta Guinness World Records di Hong Kong

20,647 sushi berjaya dibuat berbagai-bagai warna telah disusun untuk menghasilkan nombor sepuluh di sebuah pusat beli-belah Hong Kong sempena ulang tahun ke-10 kedai sushi.

Ruang seluas 37.16 meter persegi digunakan untuk menyusun sushi yang melibatkan pekerja kedai sushi.

Perkara tersebut merupakan rekod Guinness World Records bagi kategori bentuk sushi paling besar.

Makanan tersebut diedarkan secara percuma kepada orang ramai.
Read More

Riverside Scene at Qingming Festival Ukiran Kayu Terpanjang di Dunia

Leave a Comment
Riverside Scene at Qingming Festival

Ukiran kayu melihatkan lukisan bersejarah iaitu Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai terpanjang di dunia oleh Guinness World Records.

Panjangnya 12.286 meter dan seorang artis seni tempatan iaitu Zheng Chunhui berasal dari wilayah Fujian yang telah menghasilkannya.

Empat tahun diperlukan bagi menghasilkan hasil seni dengan menggunakan teknik ukiran yang berbeza.

Lukisan yang mempunyai dua versi dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing.

Batang pokok kapur barus berkenaan dikatakan berusia 1,000 tahun.
Read More