Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer atau lebih dikenali sebagai PUSPAKOM telah melakukan satu inisiatif yang berguna kepada pengguna jalan raya dengan menawarkan pemeriksaan percuma sehingga 30 Januari 2014 yang melibatkan kenderaan persendirian. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan pemandu dan penumpang dalam keadaan selamat.
Pemeriksaan percuma adalah satu tanggungjawab korporat syarikat supaya orang ramai sedar betapa pentingnya tentang keselamatan kenderaan yang dinaiki. Ianya dilakukan bagi memastikan perjalanan orang ramai untuk pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina terjamin.
0 comments:
Post a Comment