Showing posts with label Marikh. Show all posts
Showing posts with label Marikh. Show all posts

Pesawat Angkasa Mangalyaan Negara India Tiba di Planet Marikh

Leave a Comment
Pesawat Angkasa Mangalyaan Negara India Tiba di Planet Marikh

Negara India telah mencatat sejarah dengan menjadi negara Asia pertama dapat sampai di planet Marikh. Ianya dilakukan dengan pesawat angkasa berkos rendah iaitu Mangalyaan. Orbit planet dimasuki selepas dilancarkan kira-kira 10 bulan lalu.

Narendra Modi selaku Perdana Menteri India telah melakukan pengumuman tersebut. Sekumpulan saintis bersorak gembira di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berhampiran Banglore.

Pesawat tersebut dihantar supaya dapat mengesan kehadiran metana di atmosfera Marikh. Ianya dilakukan supaya dapat membuktikan kewujudan primitif.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia telah pun sampai di planet Marikh sebelum ini.
Read More

Misi Planet Marikh 2024 Libatkan 1085 Pelatih

Leave a Comment
Misi Planet Marikh 2024 Libatkan 1085 Pelatih

Seramai 1,085 daripada 200,000 pemohon terdiri daripada 140 negara terpilih untuk berlatih dalam misi tinggal di planet Marikh.

Ianya akan dikurangkan kepada 24 orang yang akan dihantar melalui enam pelancaran bermula 2024 yang diuruskan oleh organisasi Mars One. 

Perjalanan ke Planet Marikh sejauh 55 juta kilometer atau lebih kurang 6 bulan dari Bumi. 

Ciri-ciri yang diperlukan ialah bersemangat waja, mempunyai pertimbangan yang bagus, mempunyai pemikiran yang bijak, bebas daripada dadah dan penyakit serta boleh berbahasa Inggeris.
Read More

Planet Marikh Ada Gunung Berapi Gergasi

Leave a Comment
Planet Marikh Ada Gunung Berapi Gergasi

Para saintis Amerika Syrikat telah menemui beberapa rangkaian gunung berapi gergasi purba di planet Marikh.

Ianya menyamai kawah gunung berapi Caldera di Taman Negara Yellowstone.

Gunung berapi tersebut ditemui di kawasan tanah tinggi di utara planet terbabit.
Read More