Tandas di Kara Tyurek Pergunungan Altai Paling Ekstrem di Dunia

Leave a Comment
Tandas di Kara Tyurek Pergunungan Altai Paling Ekstrem di Dunia

Tandas yang menggerunkan tersebut digunakan oleh pekerja di stesen cuaca di Kara-Tyurek, Pergunungan Altai yang terletak di curam setinggi 2,600 di atas paras laut.

Ianya digunakan daripada tahun 1939 di daerah yang digelar Black Heart dalam bahasa Altaya Selatan.

Kaji selidik yang dijalankan menyatakan bahawa tandas di Altai tersebut mendapat tempat pertama sebagai tandas paling ekstrem.
Read More

Tempoh Lima Tahun Bagi Daftar Haji Kedua

Leave a Comment
Tempoh Lima Tahun Bagi Daftar Haji Kedua
Jemaah haji baru pulang daripada mengerjakan ibadah haji tidak dibenarkan mendaftar untuk menunaikan haji buat kali kedua dalam tempoh lima tahun.

Ianya bertujuan bagi memberi laluan kepada orang lain menunaikan ibadah haji.

Selepas lima tahun apabila sudah dibenarkan mendaftar haji, mereka yang sudah mengerjakan haji tidak akan diberi keutamaan tetapi ada yang akan mendapat kelonggaran jika tidak sempat menunaikan perkara tertentu dan sebagainya.
Read More

Karnival Ilmu 3P Dewan Politeknik Seberang Perai

Leave a Comment
Karnival Ilmu 3P Dewan Politeknik Seberang Perai

Karnival Ilmu 3P yang merangkumi tiga asas utama iaitu Pelajar, Pendidik dan Penjaga diadakan di Dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh bermula pada hari ini.

Karnival anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Meneri (JPM), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia. 

Karnival tersebut menjual lebih kurang 10,000 buku terbitan 25 syarikat.

Lima hari karnival akan berlangsung bermula jam 10 pagi  sehinga hingga 10 malam menawarkan diskaun antara 50 hingga 70 peratus.
Read More

Zain Saidin dan Rozita Che Wan Bernikah 11 Disember 2013

Leave a Comment
Zain Saidin dan Rozita Che Wan Bernikah 11 Disember 2013
Pasangan pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan akan bernikah pada 11 Disember 2013.

Majlis pernikahan akan diadakan di Gazebo SCCC pada pukul 7.30 malam dan majlis resepsi pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom SCCC bermula pukul 8 malam.
Read More

FAM Tidak Sambung Kontrak Datuk K Rajagobal

Leave a Comment
FAM Tidak Sambung Kontrak Datuk K Rajagobal
Persatuan Bola Sepak Malaysia iaitu FAM tidak akan menyambung kontrak jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tamat pada 31 Disember 2013.

Naib Presiden FAM iaitu Datuk Seri Subahan Kamal telah mengumumkan kepada media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Wisma FAM.
Read More

Senarai Lagu Layak Final Anugerah Juara Lagu ke 28

Leave a Comment
Senarai Lagu Layak Final Anugerah Juara Lagu ke 28

Ketiga-tiga Separuh Akhir Muzik-muzik ke 28 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi. Senarai-senarai lagu yang telah pun layak untuk bertanding di final Anugerah Juara Lagu ke 28 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Januari 2014 adalah seperti berikut:

1. Penglipurlara (Hazama & The Penglipulara)

2. Takkan Terpisah (Black)

3. Bahagiamu Deritaku (Hafiz)

4. Aku Pelat (Salam Musik)

5. In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan)

6. Bosan (Stacy)

7. Kalau Aku Kaya (Awi Rafael&Altimet)

8. Hanya Aku (Hyperact)

9. Tanda Tanya (Azlan&The Typewriter)

10. Sahabat (Najwa Latif, Sleew, Shamkamarul)

11. Ikut Rentak (Jaclyn Victor)

12. Kau Yang Terindah (Alyah)
Read More

Watie Juara Ratu Rania 2013

Leave a Comment
Watie Juara Ratu Rania 2013

Ratu Rania telah melabuhkan tirai dengan menobatkan Watie atau Rosnawati Bachok yang berumur 37 tahun sebagai juara.

Watie mendapat hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi, kontrak satu tahun iklan cetak dan elektronik Kempen Safi bernilai RM24,000 serta hamper produk Safi bernilai RM1,000.

Naib Juara, Aida atau Normazuraida Zakaria berumur 34 tahun mendapat wang tunai bernilai RM5,000, kontrak setahun bernilai RM9,000 dan hamper produk Safi bernilai RM1,000.
Read More

Pelajar Sakit Kepala Main Komputer Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Leave a Comment
Pelajar Sakit Kepala Main Komputer Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Kanak-kanak lelaki mengalami sakit kepala disebabkan bermain komputer di kafe siber menjadi tanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah.

Muhammad Azmin Abdullah yang berumur 12 tahun mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang.

Pada setiap hari sejak cuti sekolah,  Azmin keluar rumah bersama abangnya iaitu Muhammad Azanir berumur 13 tahun pada pukul 7.30 pagi dan pulang pada pukul 6.30 petang.
Read More

Jadual Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2014

Leave a Comment
Jadual di bawah merupakan Jadual Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2014 yang boleh dijadikan rujukan kepada semua Kakitangan Awam di Malaysia ini dalam merancang kewangan peribadi dan keluarga bagi tahun 2014.


Read More

Riverside Scene at Qingming Festival Ukiran Kayu Terpanjang di Dunia

Leave a Comment
Riverside Scene at Qingming Festival

Ukiran kayu melihatkan lukisan bersejarah iaitu Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai terpanjang di dunia oleh Guinness World Records.

Panjangnya 12.286 meter dan seorang artis seni tempatan iaitu Zheng Chunhui berasal dari wilayah Fujian yang telah menghasilkannya.

Empat tahun diperlukan bagi menghasilkan hasil seni dengan menggunakan teknik ukiran yang berbeza.

Lukisan yang mempunyai dua versi dari era Dinasti Song dan Dinasti Qing.

Batang pokok kapur barus berkenaan dikatakan berusia 1,000 tahun.
Read More

Siti Nur Fatini Zulaika Dapat Hadiah Kereta Mini Cooper Cemerlang 5A UPSR

2 comments
Siti Nur Fatini Zulaika Dapat Hadiah Kereta Mini Cooper Cemerlang 5A UPSR

Anak pembekal ayam di Kota Bharu iaitu Siti Nur Fatini Zulaika Zukila merupakan murid Sekolah Kebangsaan Zainab 1 mencapai keputusan 5A dalam semua lima mata pelajaran UPSR.

Dia terkejut dan gembira mendapat hadiah kereta Mini Cooper daripada bapanya iaitu Zukila Deraman berumur 36 tahun dan ibunya bernama Nor Aishah Mahmud berumur 31 tahun.

Anak sulung daripada empat beradik bercita-cita menjadi juruterbang dan bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Rendah Sains Mara.
Read More

Hari Terakhir Faizal Bin Ismail di Hot FM

Leave a Comment
Hari Terakhir Faizal Bin Ismail di Hot FM

15 November 2013 merupakan hari terakhir buat penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail atau FBI bersama stesen radio tersebut.

FBI meletakkan jawatan setelah hampir lapan tahun bertugas sebagai deejay radio.

Suasana sedih berlaku semasa FBI mengucapkan terima kasih kepada Hot FM pada segmen Hot FM Am Krew.
Read More

SPPBS ditangguhkan Bermula 30 November sehingga 31 Disember 2013

Leave a Comment
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau pun lebih dikenali sebagai SPPBS akan ditangguhkan bermula 30 November hingga 31 Disember. Ianya akan dibuka semula pada 1 Januari sehingga 31 Januari 2014.
   
Proses ini dilakukan supaya dapat menambah baik capaian kepada sistem dan membolehkan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) mengemaskinikan data murid.
Read More

Pak Majid Selamat Tiba di Stadium Shah Alam

Leave a Comment
Pak Majid Selamat Tiba di Stadium Shah Alam
Abdul Majid Abdul Hamid atau Pak Majid bersyukur kerana berjaya mengharungi perjalanan sejauh 280 kilometer.

Pak Majid berumur 57 tahun sampai pada pukul 12 tengah hari di Stadium Shah Alam.

Pak Majid disambut oleh peminat yang merupakan penyokong tegar pasukan Pahang melakukan sujud syukur di dalam stadium sebagai tanda terima kasih kepada ALLAH.

Masjid Sultan Ahmad Shah 1 menjadi destinasi permulaan yang mengambil masa tujuh hari bagi melengkapkan perjalanan. Dia turut mendapat anugerah dalam Malay Book Of Record sebagai wira Melayu atas setiap usahanya.
Read More

Pusat Permainan Komputer Pertama WeChat

Leave a Comment
Pusat Permainan Komputer Pertama WeChat
WeChat iaitu aplikasi komunikasi sosial mudah alih bakal melancarkan pusat permainan komputer yang pertama di Malaysia.
   
Pusat permainan komputer membolehkan pengguna untuk mencabar rakan mereka dalam permainan di mana sahaja mereka berada.
   
Pengguna akan mendapat akses dengan mudah malahan berkongsi markah dan bermain dalam talian dengan rakan mereka.
Read More

Khairy Jamaluddin Menang Anugerah Wired Celebrity Shout! Awards

Leave a Comment
Khairy Jamaluddin Menang Anugerah Wired Celebrity Shout! Awards
Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi anugerah pada majlis Shout! Awards bagi kategori Wired Celebrity yang berlangsung di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil.

Ahli parlimen Rembau terkejut dengan kemenangan dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundinya menerusi laman rasmi Shout! Awards.

Khairy mengalahkan Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofia Jane, Yuna dan Fatimah Abu Bakar.
Read More

Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013

1 comment
Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2013

Majlis Perbandaran Kajang bakal menganjurkan Satu Karnival 1001 Rasa Sate Kajang selama empat hari bermula 19 Disember hingga 22 Disember 2013 di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Ianya sebagai mempromosikan sate sebagai makanan warisan Negeri Selangor.

Kemungkinan 10 peniaga sate di bandar ini akan dijemput bagi memberi peluang kepada peniaga berniaga dan memperkenalkan sate yang dijual.

Aktiviti lain yang turut dilaksanakan pada semua peringkat umur seperti paintball, futsal, memancing, menghias kek dan lain-lain. Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis, Upin & Ipin dan Boboiboy.
Read More

Indra Putra Sah Milik Felda United FC

Leave a Comment
Indra Putra Sah Milik Felda United FC

Penyerang Kelantan iaitu Indra Putra Mahayuddin akan menyarung jersi pasukan kelab Felda United FC saingan Liga Perdana 2014.

Felda United juga mendapatkan khidmat pemain Shukor Adan, penjaga gol Farizal Harun dan Shahurain Abu Samah.

Felda United turut mendapat bekas jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.
Read More

Bayi Qutbi Ajwad 11 Bulan Retak Kaki Akibat Kemalangan

Leave a Comment
Bayi Qutbi Ajwad 11 Bulan Retak Kaki Akibat Kemalangan

Mohd Afendi Jusoh yang berumur 28 tahun bersama isterinya Ila Nursalina Ali Amran juga berumur 28 tahun dalam kemalangan jalan raya di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. Kemalangan tersebut menyebabkan Ila meninggal dunia.

Tambahan pula, bayi lelaki iaitu Qutbi Ajwad Mohd Affendi baru berusia 11 bulan dan ibu Ila iaitu Putri Saodah Megat Mat Dahlan berumur 59 tahun cedera parah dan patah di beberapa bahagian badan dan kaki.

Qutbi mengalami keretakan agak serius di dua bahagian kaki kanannya dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Read More

Pertandingan Memancing GP Selangor 10 November 2013

Leave a Comment
Pertandingan Memancing GP Selangor 10 November 2013

Hadiah hampir RM60,000 menanti peserta Pertandingan Memancing GP Selangor 2013 anjuran kerajaan negeri dengan Majlis Daerah Kuala Langat di Pantai Morib.

Juara pertandingan menerima RM30,000, kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000 diikuti pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM500 dan ke-11 hingga 30 menerima RM400 beserta hamper.

Kaunter pendaftaran 24 jam mula dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 12 tengah hari Sabtu dengan yuran penyertaan RM25 dengan 150 kemeja-T disediakan untuk peserta mendaftar awal dan pertandingan diadakan pada hari Ahad.
Read More

Kereta AeroMobil 2.5 Mampu Terbang

1 comment
Kereta AeroMobil 2.5 Mampu Terbang

Sebuah kereta luar biasa bernama AeroMobil 2.5 mampu terbang dilancarkan oleh sebuah syarikat Slovakia.

Ia dapat mengelakkan berada dalam kesesakan lalu lintas kerana boleh meluncur di udara.

Kereta tersebut mempunyai rangka keluli ringan lapisan karbon dan dua sayap sepanjang 8.2 meter jika berubah menjadi pesawat serta memuatkan dua orang penumpang.

Kelajuan maksimum di atas jalan iaitu 159 km/j manakala ketika terbang iaitu 200 km/j dan boleh terbang hampir 500 kilometer.

Enjin Rotax 912 ULS diguna pakai yang boleh menggunakan petrol yang dijual di stesen-stesen minyak.
Read More